Friday, July 17, 2020

Program Minda Sihat (Aktiviti Relaksasi) Murid Tahun 5 & 6

Dalam menjalankan aktiviti seharian, badan kita memerlukan masa untuk rehat bagi menghilangkan tekanan atau rasa tegang apabila berada dalam posisi sama dalam masa yang panjang. Aktiviti relaksasi mampu memberi kecerdasan badan dan merehatkan minda seseorang 

Oleh yang demikian, Unit B & K merancang satu aktiviti relaksasi di bawah Program Minda Sihat yang mana guru-guru membuat aktiviti relaksasi selepas satu jam sesi PdPc. Antara aktivitinya ialah seperti teknik bernafas 4-7-8, teknik bersenam, berurut dan Brain Gym (Senaman otak).

Berikut aktiviti relaksasi yang dijalankan untuk murid Tahun 5 & 6


DJ memulakan tugas...Cikgu Rozimah mengelola aktiviti relaksasi pada hari pertama mengikut jadual pelaksanaan

Suara DJ berkumandang di corong pembesar suara

Murid-murid membuat aktiviti regangan di dalam kelas

Guru matapelajaran mengetuai aktiviti senaman di dalam kelas

Cikgu Juli dan Cikgu Arzah sebagai moderator senaman pagi ini


Masih jaga jarak

Murid berehat sebentar dengan aktiviti "Brain Gym"
Berehat sebentar dengan aktiviti "Brain Gym"


                                Aktiviti relaksasi ini mampu merehatkan minda

                                                       https://yout.be/F_q6QyUSIHM

No comments:

Post a Comment