Wednesday, July 15, 2020

Program Minda Sihat (Orientasi Pemugaran Emosi Murid Sekolah Rendah) Murid Tahun 5 & 6

Setiap murid di Malaysia perlu dibantu emosi dan sosial bagi membolehkan mereka mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Di samping itu, ia berupaya mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan bersosial dengan rakan mereka.

Unit Bimbingan & Kaunseling hari ini mengambil peluang membantu murid-murid dengan menjalankan Orientasi Pemugaran di bawah Program Minda Sihat pada hari pertama persekolahan selepas pandemik Covid-19. Program ini  sejajar dengan kehendak garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif program adalah untuk:
i/ Membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan lancar
ii/ Memberi perhatian terhadap psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah semasa berasa di sekolah dan asrama
iii/ Memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil


Selamat kembali ke sekolah wahai anak didik SKTPP
Kain rentang  promosi Program Minda Sihat "Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera"
Definisi konsep orientasi pemugaran emosi murid dalam kebiasaan baharu :

i/ Orientasi merupakan kegiatan yang menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan baru.

ii/ Pemugaran emosi merupakan konsep yang menunjukkan pendekatan yang bertujuan untuk memperelok strategi, membaharui semangat, memulihkan suasana muram dan membuat pembaharuan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, sama ada yang berlangsung di bilik darjah atau di luar bilik darjah.

iii/ Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Modul panduan yang digunakan oleh guru sepanjang program dijalankan

Ustazah Safinatunajakh menerangkan tentang sejarah Covid-19
                                            
Ustaz Ishak menjalankan modul bersama-sama murid Tahun 5

Murid bersedia untuk mendengar penerangan daripada Puan Arjunawati mengenai keselamatan murid di sekolah
         
Tekun dalam menjawab soal selidik

Murid membuat aktiviti dalam buku lembaran kerja murid

Alhamdulillah...murid lengkap dengan topeng pelitup muka

Semasa program dijalankan, beberapa pelawat seperti nama di bawah mengingatkan kembali murid-murid tentang perkara-perkara penting yang patut dipatuhi sepanjang berada di sekolah.


Nama Pelawat : 
1/ Tuan Hj Ab Ghani bin Haji Hashim (Pegawai PPD Sepang)
2/ Tuan Hj Khairul Azhar bin Muhamad Suffian (YDP PIBG)
3/ Konstabel Nuraqilah binti Jalil (Pegawai Perhubungan Sekolah)



Akhir sekali saya perkenalkan... Guru Bimbingan & Kaunseling SKTPP

Dari kiri, Cikgu Arzah, Cikgu Rozimah dan Cikgu Juli
Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungi semua warga SKTPP daripada penularan wabak Covid-19

2 comments:

  1. Cikgu boleh tak share bahan2 yg cikgu gunakan sepanjang program tersebut? 😊

    ReplyDelete
  2. Salam..cikgu boleh share tak bahan2..

    ReplyDelete