Friday, August 14, 2020

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu ke-30 (Sesi Pagi)

Tarikh: 10 hingga 14 Ogos 2020

Hari: Isnin - Jumaat

Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan E

Senarai Guru bertugas Kumpulan E 

Noriza binti Md Nor

 Syahirah binti Tumar

       Mawaddah binti Kamarulzaman

       Norliza binti Ali @ Yasim

       Norhana binti Nordin

       Mohd Izwan bin Mohd Jowahar

       Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

       Julaili binti Onian

      Nurliza binti Ab Rahman

      Nur Zakiah binti Md Diah

Sesi persekolahan pada sesi pagi sepanjang minggu ke-30 telah berlangsung dengan baik. Murid-murid dilihat dapat membiasakan diri dengan norma baharu di sekolah. Berikut dikongsikan pelaksanaan sesi persekolahan pada minggu ini.  

Sesi Pagi

·    Sebelum murid-murid masuk ke kawasan sekolah, guru-guru bertugas mingguan akan mengambil bacaan suhu murid.

·            Bacaan suhu murid diambil di kedua-dua pagar sekolah iaitu Pagar A dan Pagar B. Murid-murid beratur mengikut jarak yang telah ditetapkan.

·         Murid-murid mencatat bacaan suhu masing-masing untuk dimaklumkan kepada guru setelah  masuk ke dalam kelas.

·         Murid-murid juga perlu mencuci tangan di sinki-sinki yang telah disediakan berdekatan Pagar A dan Pagar B sebelum masuk ke kelas.


Sesi Pembelajaran

·         Murid-murid duduk di meja masing-masing mengikut jarak yang ditetapkan.

·         Guru akan masuk ke kelas dan mengambil kehadiran serta bacaan suhu murid untuk direkodkan.

·         Murid-murid yang ingin ke tandas pula akan menggunakan pas untuk ke tandas yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

·         Murid-murid juga diingatkan supaya tidak berjalan-jalan atau berkomunikasi terlalu dekat dengan rakan-rakan semasa berada di dalam kelas.

·         Murid-murid juga rajin mencuci tangan di sinki serta menggunakan 'hand sanitizer' selepas menggunakan tandas.

 Waktu Rehat

·         Semasa waktu rehat, murid makan di dalam kelas. 

·         Murid-murid juga digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah.

·         Murid-murid yang ingin membeli makanan pula diminta menggunakan laluan yang telah ditetapkan pihak sekolah.

·         Murid-murid akan keluar rehat mengikut waktu yang telah ditetapkan. Waktu rehat pertama adalah bagi tahun 4, diikuti dengan tahun 5 dan seterusnya tahun 6.

·         Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan semasa membeli makanan.

·         Murid-murid juga beratur dengan mematuhi jarak selamat semasa membeli makanan.

·         Guru bertugas  memantau murid-murid semasa waktu rehat semasa membeli makanan dan sewaktu makan di dalam kelas.

·         Makanan yang dijual oleh pihak kantin pula dibungkus dalam bekas makanan bagi memudahkan proses jual beli.

·         Murid-murid diminta membawa tisu basah, sudu dan garpu plastik untuk memudahkan murid makan makanan yang dibawa atau dibeli sewaktu rehat. Hal ini supaya dapat mengelakkan kesesakan di dalam tandas sewaktu rehat.

·         Setelah selesai makan, murid-murid diingatkan untuk membuang sampah dan sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan, mencuci tangan dengan bersih serta mengelap meja masing-masing.

 Waktu Pulang

·         Sebelum bergerak pulang, murid-murid dan guru melakukan sanitasi meja dan kerusi masing-masing.

·         Guru-guru akan menyembur cecair sanitasi pada meja murid bagi memastikan kelas dalam keadaan bersih untuk kegunaan persekolahan sesi petang.

·         Murid-murid diminta untuk mencuci tangan dan memakai topeng muka masing-masing sebelum bergerak keluar dari kelas.

·         Kemudian murid-murid akan beratur dan mengawasi jarak masing-masing dan bergerak pulang mengikut laluan yang telah ditetapkan.

·         Guru-guru bertugas juga memantau di laluan pulang murid bagi membantu mengawasi pergerakan pulang murid supaya berjalan lancar.

Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat dirakam semasa persekolahan sesi pagi minggu ke-30:


 Guru bertugas mengambil bacaan suhu murid di Pagar B


Murid mencuci tangan sebelum masuk ke kawasan sekolah (Pagar B)

Guru bertugas mengambil bacaan suhu murid di Pagar A

Murid mencuci tangan sebelum masuk ke kawasan sekolah (Pagar A)

Murid mencuci tangan menggunakan sabun yang telah disediakan oleh pihak sekolah

Murid-murid yang tidak membawa bekal beratur mengikut jarak yang ditetapkan untuk membeli makanan sewaktu rehat

Murid-murid membeli makanan secara pandu lalu

Murid-murid makan di meja masing-masing di dalam kelas ketika waktu rehat

Murid-murid  sentiasa menjaga SOP ketika berada di dalam kelas

Murid-murid melakukan sanitasi meja dan kerusi sebelum bergerak pulang

Murid-murid bersedia untuk bergerak pulang mengikut giliran kelas yang telah ditetapkan


Disediakan oleh Mawaddah binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment