Friday, August 7, 2020

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu ke-29 (Sesi Pagi)

Tarikh: 4 hingga 7 Ogos 2020

Hari: Selasa - Jumaat

Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan D

Senarai Guru bertugas Kumpulan D :

  • Jamilah binti Yusof
  • Norlida binti Othman
  • Zailezah binti Sardi
  • Umi Nazrah binti Saharoni
  • Arjunawati binti Ahmad Nuze
  • Nurul Izziani binti Mohd Latifi
  • Ahmad Musrizuan bin Daud
  • Mazzaini binti Muda
  • Parimala
  • Claudia Jacqueline

Sesi persekolahan bulan Ogos bermula 4 Ogos 2020 (Selasa) selepas cuti Hari Raya Aidil Adha.  Perjalanan persekolahan sesi pagi sepanjang minggu ke-29 telah berlangsung dengan baik. Murid-murid dilihat dapat membiasakan diri dengan norma baharu di sekolah. 

Sesi Pagi  

  • Sebelum masuk ke kawasan sekolah, guru bertugas mingguan mengambil bacaan suhu murid. 
  • Bacaan suhu murid diambil di kedua-dua pagar sekolah iaitu Pagar A dan Pagar B. 
  • Murid-murid akan diminta untuk menjaga penjarakan fizikal.
  • Murid-murid juga diingatkan untuk mencuci tangan di sinki-sinki yang telah disediakan. 

Sesi Pembelajaran 

  • Murid duduk di meja masing-masing yang telah disusun mengikut jarak yang ditetapkan. 
  • Guru akan masuk ke kelas dan mengambil kehadiran serta bacaan suhu murid untuk direkodkan. 
  • Murid-murid yang ingin ke tandas pula akan menggunakan pas untuk ke tandas yang telah disediakan oleh pihak sekolah. 
  • Sepanjang pemerhatian, murid-murid dilihat dapat mematuhi penggunaan pas untuk ke tandas dengan baik. 
  • Murid-murid juga rajin mencuci tangan di sinki serta menggunakan 'hand sanitizer' selepas menggunakan tandas. 

Waktu Rehat

  • Semasa waktu rehat, murid makan di dalam kelas.  
  • Murid-murid yang ingin membeli makanan pula diminta menggunakan laluan yang telah ditetapkan pihak sekolah. 
  • Murid-murid juga digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah.
  • Seterusnya, murid-murid akan keluar rehat mengikut waktu yang telah ditetapkan mengikut tahun. Waktu rehat pertama adalah bagi tahun 4, diikuti dengan tahun 5 dan seterusnya tahun 6. 
  • Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan semasa membeli makanan. 
  • Murid-murid juga akan beratur dengan mematuhi jarak selamat untuk membeli makanan masing-masing. 
  • Guru bertugas akan memantau murid semasa membeli makanan dan semasa murid makan di dalam kelas. 
  • Makanan yang dijual oleh pihak kantin pula dibungkus dalam bekas makanan bagi memudahkan proses jual beli.
  • Setelah selesai makan, murid-murid diingatkan untuk membuang sampah dan sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan, mencuci tangan dengan bersih serta mengelap meja masing-masing. 

Waktu Pulang

  • Sebelum bergerak pulang, sesi sanitasi kelas akan dijalankan. 
  • Guru-guru subjek semasa akan meminta murid-murid untuk membersihkan meja masing-masing. 
  • Guru-guru juga akan menyembur cecair sanitasi pada meja murid bagi memastikan kelas dalam keadaan bersih untuk kegunaan persekolahan sesi petang. 
  • Murid-murid akan diminta untuk mencuci tangan dan memakai topeng muka masing-masing sebelum bergerak keluar dari kelas. 
  • Kemudian murid-murid akan beratur dan mengawasi jarak masing-masing dan bergerak pulang mengikut laluan yang telah ditetapkan. 
  • Guru bertugas juga ditempatkan di laluan pulang murid-murid bagi membantu mengawasi pergerakan pulang murid. 

Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat dirakam semasa persekolahan sesi pagi minggu ke-29 : 

Murid di dalam kelas  mematuhi SOP yang ditetapkan.

Murid menjaga penjarakan fizikal semasa mencuci tangan. 

Murid-murid mencuci tangan sebelum masuk ke kawasan sekolah. 

No comments:

Post a Comment