Monday, November 9, 2020

Penutupan Sesi Persekolahan Seluruh Malaysia


Semua sekolah akan terus ditutup sehingga tahun depan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di hampir semua negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan kata Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) Radzi Jidin.

Beliau berkata, penutupan sekolah ini termasuk di negeri-negeri yang tidak dikenakan PKPB mulai esok sehingga sesi persekolahan bermula pada 20 Januari 2021.

“Oleh yang demikian, KPM memutuskan semua sekolah seluruh Malaysia akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B."

“Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak Covid-19,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Katanya, sepanjang tempoh penutupan sekolah, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara “Home-based Learning” mengikut kesesuaian guru dan murid.

“Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021. Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut.

No comments:

Post a Comment