Monday, March 29, 2021

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bulan Mac

Menjejaki minggu ke-3 dan ke-4 sesi persekolahan bersemuka, guru penyayang dan guru bertugas masih kekal meneruskan tugas mereka. Pada setiap awal pagi dan tengah hari, para guru telah pun bersedia untuk menyambut kehadiran anak-anak murid ke sekolah. 

Senyuman manis sentiasa terukir di wajah para guru. Senyuman tanda kasih seorang guru untuk setiap anak muridnya yang berjaya melangkah kaki ke sekolah.

Suhu diambil bagi mengesahkan bahawa murid tersebut sihat untuk berada dalam kawasan sekolah, tanda selamat bersama-sama rakan-rakan lain di dalam kelas. 

Guru penyayang dan guru bertugas akan sentiasa memastikan murid-murid yang hadir untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Setiap hari, para guru tidak jemu untuk menitipkan pesanan kepada murid-murid yang dikasihi.

Semoga pesanan tersebut melekat di minda dan tersemat di jiwa setiap murid yang mendengarnya. Tujuannya hanya satu iaitu untuk sama-sama membanteras penularan virus Covid-19. 

Harapan para guru, sesi persekolahan bersemuka akan berterusan seperti biasa. Selagi guru-guru dan murid-murid mematuhi SOP, selagi itulah harapan tersebut akan mekar berbunga. Melihat senyuman dan gelagat murid setiap pagi sahaja sudah mendamaikan jiwa, apatah lagi saat bertentang mata semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC). 

Berikut dikongsikan gelagat yang sempat dirakam sepanjang tempoh dua minggu terakhir aktiviti menyambut kehadiran murid pada bulan Mac.












No comments:

Post a Comment