Tuesday, March 23, 2021

SKTPP Virtual Run 2021 (Merentas Desa)

               Aktiviti Larian Merentas Desa adalah acara tahunan berdasarkan kalendar tahunan sukan sekolah. Tetapi berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana julung-julung kalinya bakal menjalankan program SKTPP Virtual Run 2021 pada akhir bulan ini. 

Info Larian

Tempat
Di kawasan kediaman masing-masing

Tarikh Larian
28 Mac 2021 hingga 4 April 2021

Jarak Larian
4 km
(merujuk kepada Peraturan Kejohanan Merentas Desa MSSM bagi Kategori Sekolah Rendah)

Penyertaan 
PERCUMA
(terbuka kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6 SKTPP)


Aplikasi
STRAVA

Hantar Bukti Larian
Pautan Google Form

Anugerah
Sijil Pencapaian
(Emas, Perak, Gangsa)


        Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah terutama dalam bidang sukan untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, membina budaya dan gaya hidup sihat selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan dengan penglibatan semua murid daripada pelbagai kaum di sekolah.

        Majlis perasmian program ini akan diadakan pada 27 Mac 2021 yang akan disempurnakan oleh Puan Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana dalam Youtube Live serta Facebook Live iaitu medium rasmi SKTPP Virtual Run 2021. Majlis ini akan diadakan pada pukul 8.30 pagi hari Sabtu ini.

          Maklumat lanjut program ini boleh didapati di Facebook dan Instagram rasmi SKTPP Virtual Run 2021 seperti yang tertera di bawah:

    FACEBOOK      
                   

           
                       

              Diharap program yang akan berlangsung ini dapat menyediakan medium kepada murid-murid bagi menyertai aktiviti sukan dan riadah yang sesuai dengan keadaan situasi norma baharu masa kini. 

Disediakan oleh : Fatin Huzaikka

No comments:

Post a Comment