Friday, March 12, 2021

Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu 2.0 : Aktiviti Pemugaran Emosi Murid Tahun 3, 4, 5 & 6

Aktiviti Pemugaran Emosi Murid diteruskan minggu ini untuk murid Tahun 3, 4, 5 & 6 bermula Isnin hingga Jumaat. Alhamdulillah, keceriaan terpancar dari raut wajah murid pada hari pertama persekolahan. Walaubagaimanapun, Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) masih mengambil inisiatif untuk membantu memantapkan lagi emosi sedia ada murid.

Terima kasih kepada 60 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang membantu dalam menjayakan aktiviti Brain Gym pada hari Rabu. Pujian untuk PRS SKTPP yang menerima dengan hati terbuka task daripada UBK dan sesungguhnya anak-anak PRS ini sangatlah hebat!! Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang sama-sama menjayakan Program Minda Sihat ini bermula 1 Mac lagi. 

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti Minda Sihat dijalankan pada minggu ini ( 08-12 Mac 2021)

Modul yang digunakan sepanjang minggu ini
                                                               

                                                        👇Hari Pertama👇

Cikgu Roseniza menerangkan tentang aktiviti Secangkir Rasa

Murid melukis mengungkap perasaan dengan melukis buih-buih

Murid cuba memahami apa yang disampaikan oleh guru

Cikgu Arzah mendekati murid Tahun 3 semasa menjalankan aktiviti

Cikgu membuat rumusan aktiviti Secangkir Rasa

                                                           👇Hari Kedua👇

Aktiviti SUPERVAKS dimulakan dengan bacaan doa

 Pengamatan melalui teknik visual

Wow!! aktiviti didampingi oleh 2 orang ustaz dan seorang ustazah

Murid melahirkan kata-kata positif di papan putih

Spritual : Murid menyebut kata-kata positif melalui hati
                                        
                                                           👇Hari Ketiga👇

Aktiviti brain gym ini telah dilakukan dengan baik hasil bantuan PRS dan kerjasama guru-guru. Antara kelebihan membuat aktiviti brain gym ialah :
🙆Tenangkan fikiran yang gelisah
🙆Meningkatkan kecerdasan otak
🙆Meningkatkan koordinasi fizikal
🙆Meningkatkan tahap kebolehan dalam pembelajaran
🙆Meningkatkan kepekaan dan fokus
🙆Sokongan kepada gaya hidup sihat


                                                      👇Hari Keempat👇

Fokus semasa mendengar apa yang cikgu ingin sampaikan

Murid menulis luahan perasaan di lembaran yang disediakan

Guru menekankan erti bersyukur di dalam aktiviti The Right Way

Murid menulis semula dapatan perasaan hasil daripada perbincangan bersama guru
                                                                       
                                                          👇Hari Kelima👇

Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti "Kawal Diri"

Semangat Ustazah Syahirah mengendalikan modul ini

Reaksi seronok/gembira yang dibuat oleh murid

Ini pula emosi sedih.....

 Sebahagian rakaman aktiviti pada minggu ini.

      Aktiviti brain gym 

                         Aktiviti "Kawal Diri"

                       Aktiviti "Secangkir Rasa" 

No comments:

Post a Comment