... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, June 18, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-19 (Sesi Petang)

Guru Bertugas: Kumpulan 1

Tarikh: 14 Jun 2021 - 18 Jun 2021

Senarai nama guru bertugas:-

1) Encik Abdul Hafiz bin Abdul Halil (Ketua)

2) Puan Ummu A'thiah binti Hashim (Penolong)

3) Puan Nur Azizati binti Ahmad.

4) Puan Nor Holwani binti Yahaya.

5) Puan Suriyana binti Nanyan@Salim.

6) Puan Norhana binti Nordin.

7) Puan Nor Arzah binti Hussin.

8) Puan Azizah binti Ab Hamid.

9) Puan Norhidayu binti Sadri.

10) Encik Muhamad Saiffol bin Ngabiah.

    Berlalu sudah 2 minggu cuti sekolah pertengahan tahun bagi sesi 2021 yang bermula 29 Mei 2021 hingga 13 Jun 2021. Sepanjang tempoh tersebut semua murid dan guru bercuti dan tiada sesi PdPR yang berlangsung.

    Berikutan negara kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada 6 Jun yang lalu telah berlangsung sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pengurusan dan pengoperasian sekolah bagi penggal ke-2 masih disambung secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Oleh itu semua warga KPM akur dan PdPR akan diteruskan seperti biasa.

    Pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. Melalui medium aplikasi telegram atau whatsapp, guru kelas dan guru mata pelajaran akan memastikan semua murid mendapat maklumat selari dengan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang menggunakan pelbagai teknik seperti video, audio, penyediaan modul dan sebagainya. 

    Di samping mengadakan kelas secara online atau offline, guru-guru juga sentiasa mengingatkan semua murid agar menjaga kesihatan diri dan keluarga dalam mengharungi hari demi hari yang penuh cabaran ini. Walaupun berada di rumah, ibu bapa / penjaga perlu memastikan bahawa murid-murid dapat mengikuti PdPR dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Marilah kita berdoa supaya Allah melindungi kita dan mengangkat virus covid ini dari muka bumi dengan segera. Amiin.

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini.

PdPR secara atas talian

Bersama Cikgu Nurul Hanani

Penyertaan murid sangat menggalakkan

PdPR secara luar talian - video murid

Penghantaran tugasan audio bacaan murid

Guru Bimbingan & Kaunseling juga meneruskan PdPR

Program di bawah kelolaan Cikgu Arzah

Bersama-sama murid yang menyertai dengan penuh semangat

Alhamdulillah PdPR pada minggu ini berjalan lancar. Terima kasih.

Disediakan oleh: Nur Azizati binti Ahmad

No comments:

Post a Comment