Saturday, June 12, 2021

Program Motivasi : Kolaborasi Sekolah-Sekolah 2021

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, program kolaborasi yang telah dirancang sebelum ini dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 12 Jun 2021 (Sabtu) secara langsung di aplikasi Youtube. Program motivasi ini telah dianjurkan oleh Surau Al-Maaruf  SK Bandar Baru Kuala Selangor (SEBARU) selaku sekolah yang mewakili negeri Selangor ke Pertandingan Surau Imarah (PERSISS) ke peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Dalam situasi era PdPR yang serba mencabar ini,  langkah mengadakan program dalam talian sangat memberi impak kepada golongan sasar iaitu murid-murid, guru dan ibu bapa. 

Sehubungan itu, Musolla Raudatul Ilmi  telah mengambil inisiatif berkolaborasi bersama 7 buah sekolah bagi mengadakan program motivasi untuk mendepani kesukaran PdPR dalam situasi Covid-19. Ia memberi suntikan semangat kepada murid-murid, guru serta ibu bapa dalam memantapkan lagi proses PdPR. 

Antara sekolah yang terlibat ialah : 

1. SK Bandar Baru Kuala Selangor

2. SK Taman Putra Perdana Sepang, Selangor 

3. SRAI Sabak Bernam, Selangor 

4. SK Convent Kajang Selangor 

5. SK Sungai Binjai Meru, Selangor 

6. SK Bagan Datoh, Perak 

7. SK Keningau II, Sabah 

8. SJKC Aik Min, Kedah 

Program motivasi bertajuk "PdPR : Bersama Mendepani Cabaran" yang berlangsung melalui Youtube Live selama 2 jam lebih ini telah disampaikan oleh Ustaz Bakhtiar Fitri bin Hj Abdul Hamid. Beliau merupakan seorang personaliti yang tidak asing lagi dalam program motivasi di negara kita. Paling memberangsangkan apabila siaran secara lansung melalui Youtube ini telah ditonton lebih 10 ribu orang dan mendapat sambutan yang luar biasa. Alhamdulillah. 

Meskipun kita masih berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, namun penyertaan dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia juga sangat baik. Begitu juga guru-guru dan ibu bapa. Ini dapat dilihat melalui komentar-komentar yang dilontarkan oleh para penonton program tersebut. 

Pada kesempatan ini, pihak sekolah & Jawatankuasa Musalla Raudatul Ilmi serta Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SK Taman Putra Perdana atas kerjasama & keterlibatan yang sangat baik dalam program ini. Semoga program yang bermanfaat & memberi impak yang besar ini dapat diteruskan pada masa akan datang, insyaAllah. 

Sekiranya anda ingin menonton program ini boleh klik pada link : https://youtu.be/L_4jPe3QrO4

"Raudatul Ilmi : Taman Ilmu & Budi" 

Berikut antara rangkuman gambar sepanjang program berlangsung :

Siaran Program Kolaborasi Sekolah-sekolah

Ucapan aluan dari pengerusi majlis

Penceramah sedang memberi motivasi kepada para penonton

Komen & respons dari para peserta

Siaran ini telah mendapat tontonan sebanyak 10k views

Video penghargaan dari pihak penganjur kepada sekolah-sekolah terlibat

No comments:

Post a Comment