Saturday, September 25, 2021

Program Melangkah Ke Alam Remaja

Alhamdulillah, Program Melangkah Ke Alam Remaja telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian Google Meet. Semua murid Tahun 6 dan Pembimbing Rakan Sebaya SK Taman Putra Perdana dijemput menyertai program ini. Biar pun tidak bersemuka, namun ianya bukan penghalang untuk mereka menyertainya. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir yang telah merestui program ini dilaksanakan. Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah jemputan, Puan Rohayu binti Ahmadanbarisan jawatan kuasa pelaksana, semua guru, ibu bapa / penjaga dan semua peserta yang terlibat. 

Program Melangkah Ke Alam Remaja merupakan aktiviti tahunan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta pihak sekolah sebagai persediaan awal murid-murid SK Taman Putra Perdana sebelum melangkah atau mengharungi alam remaja yang mungkin akan terasa asing dan penuh cabaran. Masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam remaja merupakan waktu yang mencabar. 

Program ini juga bertujuan agar murid-murid dapat mempersiapkan diri dan minda serta menimba pengetahuan dan bersedia terhadap perubahan yang bakal dialami sekiranya telah sampai ke tahap tersebut agar tidak tersalah langkah dan terjerumus dalam gejala yang tidak sihat. Pengetahuan berkaitan alam remaja akan memberi kefahaman secara mendalam kepada murid-murid tentang akil baligh yang akan mengubah kehidupan remaja dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. 

Sila klik gambar di bawah untuk dapatkan buku program dalam bentuk anyflip.

Buku Program Melangkah Ke Alam Remaja

Kuiz khas kepada peserta Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Dua untuk dapatkan markah penilaian PRS Tahap Bongsu, sila klik link berikut: https://wordwall.net/play/22265/741/689


Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung:

Poster Digital Program Melangkah Ke Alam Remaja 

Pengacara Majis, Puan Norli binti Hassan

Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Ucapan Perasmian oleh PK Hal Ehwal Murid, Datin Noraizah binti Dun

Penceramah program, Puan Siti Rohayu bt Ahmadan
(GBKSM SMK Perimbun, Hulu Langat, Selangor) 



Ucapan Penutup oleh Puan Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

Bergambar kenangan bersama semua peserta

No comments:

Post a Comment