Sunday, February 6, 2022

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bulan Januari 2022 (Sesi Petang)

Selamat Tahun Baru 2022

    Minggu  persekolahan penggal ke-3 sesi  2021/2022 bermula pada 10 Januari 2022. Sebagaimana yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk perubahan penggilran kali ini, murid sesi petang iaitu Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Murid RMT perlu hadir ke sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran. Manakala bagi Tahun 3, kehadiran adalah secara bergilir mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

    Unit guru penyayang dan guru bertugas mingguan menyambut kehadiran murid dengan penuh ceria setiap hari di pintu pagar. Unit guru penyayang menyediakan beberapa hadiah untuk murid yang datang awal ke sekolah. Murid-murid juga sentiasa diingatkan untuk mematuhi  SOP. Kelihatan mereka  begitu teruja dan seronok dapat hadir  ke sekolah seperti biasa.

    Aktiviti menyambut kehadiran murid memberi semangat dan galakan kepada murid-murid untuk datang ke sekolah setiap hari.  Selain itu ia bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra, nilai kasih sayang dan hormat menghormati antara guru-guru dan murid-murid.  Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada unit guru penyayang atas komitmen dan saling bekerjasama dalam melaksanakan tugas sepanjang bulan  ini.

 Gambar menyambut kehadiran
murid sebagai kenang-kenangan



Disediakan oleh:
Ustazah Zalina binti Ismail

No comments:

Post a Comment