Monday, March 14, 2022

Kejayaan Murid Menempatkan Diri ke Sekolah Sukan Negeri

 Alhamdulillah syukur kepada Allah, walaupun melalui fasa sukar dalam bidang sukan sepanjang tempoh penularan penyakit Covid-19, dua orang murid iaitu pemain bola sepak SKTPP berjaya menempatkan diri ke Sekolah Sukan. Murid-murid tersebut adalah:

1. Airiel Darwish bin Hairi - Sekolah Sukan Negeri Pahang.

2. Muhammad Aqil Qawwim bin Arzeky - Sekolah Sukan Kuala Lumpur.

Kedua-dua murid ini telah berjaya menempatkan diri ke sekolah tersebut setelah berjaya dalam sesi pemilihan yang diadakan. 

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua orang murid berbakat tersebut. Tidak lupa juga tahniah kepada kedua ibu bapa murid ini yang tidak pernah lelah mencuba menempatkan anak mereka ke Sekolah Sukan bagi meneruskan cita-cita untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya suatu masa nanti.

Kami warga SKTPP mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan sepanjang menjadi pemain bola sepak SKTPP. Tidak lupa kepada semua pemain bola sepak SKTPP yang telah membawa banyak kejayaan dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini.

Selamat maju jaya dan semoga dapat berjumpa lagi.

Dua orang pemain bergambar bersama Guru Besar, PK Kokurikulum dan Cikgu Musrizuan sebagai kenangan.

No comments:

Post a Comment