Monday, March 28, 2022

Majlis Perpisahan Cikgu Hafiz dan Ustazah Maizan

Pada 25 Mac yang lalu, telah berlangsungnya satu majlis perpisahan buat Cikgu Hafiz bin Md Nor dan Ustazah Maizan binti Abdullah yang telah dan akan berpindah sekolah dalam sesi persekolahan Mac ini. Majlis diadakan di  Bilik RBT SK Taman Putra Perdana dan dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SKTPP.

    Majlis ini dianjurkan oleh KKGK dan barisan guru sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada Cikgu Hafiz yang telah berkhidmat selama 13 tahun manakala Ustazah Maizan selama 3 tahun di sekolah ini. Cikgu Hafiz merupakan guru penyelaras bestari yang sangat komited dalam tugas-tugasnya dan begitu juga Ustazah Maizan sebagai guru di PPKI. Perpisahan ini pastinya amat dirasai oleh warga SKTPP kerana sumbang khidmat mereka terhadap sekolah sukar dicari ganti. Untuk makluman, Cikgu Hafiz akan meneruskan khidmat beliau di SK Kampong Salang, Perlis dan Ustazah Maizan pula di SK Taman Putra Perdana 2.

    Ucapan kami warga SKTPP kepada kedua-dua insan hebat ini ialah semoga terus maju jaya walau di mana kalian berada dan selamat bertugas di tempat baharu. Jutaan terima kasih atas segala sumbangan yang telah dicurahkan kepada sekolah dan warganya. Jasa dan kenangan bersama kalian akan sentiasa kami ingati.

Persiapan Majlis di Bilik RBT, SKTPP

Pengerusi Majlis, Ust.Syed Farhan

Pimpinan bacaan doa oleh Ust.Zurilazman

Ucapan Guru Besar, Pn. Hjh. Rohaidah

Ucapan Cikgu Hafiz


Ucapan Ustazah Maizan

Penyampaian cenderamata kepada Cikgu Hafiz

Penyampaian cenderamata kepada Ustazah Maizan

No comments:

Post a Comment