Saturday, March 26, 2022

Laporan Bertugas Minggu Pertama (Sesi Petang)

Tarikh : 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022
Hari    : Isnin hingga Jumaat
Masa  : 12.30 hingga 6.30 petang

Senarai Nama Guru Bertugas :
Kumpulan A

1. Nor Amirulfitri bin Othman (K)
2. Rozimah binti Yaakob (P)
3. Azizah binti Ab Hamid
4. Nora Azean binti Che Othman
5. Norazmira binti Kadirun
6. Nor Rafini binti Othman
7. Norhana binti Nordin
8. Salmi binti Adnan
9. Rosmanini binti Rahim
10. Farhana binti Muhamad Fuzi

Minggu ini merupakan minggu pertama sesi persekolahan bagi Tahun 2022/2023. Hari pertama persekolahan menimbulkan keterujaan kepada semua murid untuk hadir ke sekolah terutama murid-murid Tahun 1 dan ibu bapa mereka. Murid-murid Tahun 2 & 3 (Kumpulan A) juga tidak kurang semangat mereka untuk kembali bersekolah secara bersemuka.

Kebiasaan ibu bapa murid Tahun 1 yang penuh sesak di kawasan sekolah pada hari pertama persekolahan tidak lagi berlaku pada tahun ini, atas arahan SOP pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak membenarkan ibu bapa/penjaga menghantar anak ke dalam kawasan sekolah yang boleh menyebabkan kesesakan dan penularan wabak Covid 19. 

Atas kerjasama ibu bapa / penjaga, pentadbir dan guru-guru sesi petang telah melancarkan perjalanan pengurusan murid Tahun 1, walaupun tanpa kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Pn Hajah Rohaidah (Guru Besar) dan Pn Siti Raudah (Penolong Kanan Petang) bersama guru-guru bertugas menyambut kehadiran murid di Pagar A 

Guru-guru bertugas dan pentadbir menyambut kehadiran murid di pagar B

Murid-murid Tahun 1 berkumpul di Dewan Perdana, sementara menunggu sesi pagi tamat sesi persekolahan.
  
Situasi pembelajaran murid-murid Prasekolah di hari pertama persekolahan

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa pada hari pertama persekolahan bagi murid-murid Tahun 2 & 3. Bagi murid-murid Tahun 1 pula, mereka akan menjalani Program Transisi selama 4 minggu bermula pada 21 Mac sehingga 15 April 2022. 

Antara aktiviti murid Tahun 1 di dalam kelas dan orientasi kawasan sekolah dalam Program Transisi

Agihan buku teks untuk murid-murid Tahun 1 telah diadakan pada hari Isnin & Selasa

Antara ragam murid-murid Tahun 1 yang sempat dirakamkan pada minggu ini

Bagi memantapkan disiplin murid-murid sesi petang, Guru Disiplin yang baru dilantik bagi sesi persekolahan 2022/2023 iaitu Sir Aizil telah mengambil inisiatif untuk memberikan taklimat kepada semua murid Tahun 2 & 3. Sesi taklimat ini telah diadakan pada hari Selasa (22/3) untuk Tahun 3 (Kumpulan A) dan hari Rabu (23/3) untuk semua murid Tahun 2.

Sesi taklimat Disiplin untuk murid-murid Tahun 3 (kumpulan A)

Sesi Taklimat Disiplin untuk murid-murid Tahun 2

Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP juga turut menyediakan Program Transformasi Minda & Pemugaran Emosi Murid untuk semua murid Tahun 2 & 3 (Kumpulan A). Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesediaan murid-murid dari segi emosi, fizikal dan mental untuk belajar selepas cuti yang panjang. Program ini telah di adakan pada hari selasa (22/3) untuk semua kelas Tahun 3 dan pada hari rabu (23/3) untuk semua kelas Tahun 2.

Murid-murid Tahun 2 membuat aktiviti "Jenis-jenis Emosi"

Murid-murid begitu kusyuk meluahkan berbagai jenis emosi mereka

Murid-murid Tahun 3 membuat aktiviti "Ekspresi Emosi " bersama cikgu Juli

Sepanjang minggu ini juga, murid-murid sentiasa diingatkan oleh guru-guru di dalam kelas dan guru-guru bertugas agar mematuhi SOP pada waktu datang, waktu rehat dan waktu balik dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga jarak serta lebih kerap membasuh tangan terutama sebelum dan selepas makan.

Situasi murid waktu masuk ke kawasan sekolah di pagar B. Guru bertugas memastikan murid-murid memakai pelitup muka sebelum masuk ke kawasan sekolah.

Situasi murid ketika membeli makanan waktu rehat 

Situasi murid ketika balik di Pagar A

Satu majlis ringkas penyampaian sumbangan set buku tulis & buku kerja turut diadakan pada hari Rabu (23/3) kepada 2 orang murid terpilih dari Tahun 2 Enggang (Muhammad Khairuddin Iqram bin Mohd Khairul) dan Tahun 3 Citrine (Amirah Zahirah). Seorang murid sesi pagi dari kelas 4 Windows ( Mohd Wazhene) juga turut menerima sumbangan set buku tulis & buku kerja ini. Pihak Pentadbir dan guru-guru Bimbingan & Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Mastura (ibu murid kelas 4 Solaris) yang sudi memberi sumbangan dan begitu cakna dengan situasi ibu bapa/penjaga yang kurang berkemampuan.


Majlis ringkas penyampaian hadiah saguhati AJK Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan turut diadakan untuk AJK KKGK sesi petang pada hari Khamis (24/3)


Tahniah dan terima kasih kepada semua guru bertugas Kumpulan A sesi petang atas kerjasama dan komitmen anda semua telah melancarkan tugasan yang diamanahkan dengan jayanya. 

No comments:

Post a Comment