... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, September 12, 2023

Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) 2023

Pada 12 September 2023 (Selasa) telah diadakan Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) bertempat di Terminal Muafakat SKTPP bermula jam 9.00 pagi hingga 12.50 tengah hari untuk sesi pagi manakala sesi petang pula bermula jam 2.00 petang hingga 6.20 petang. Program ini adalah sebuah program anjuran bersama pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Jawatankuasa Unit HEM PPKI dan Kelab Pencegahan Jenayah.

Latar Belakang

Pembentukan sahsiah diri pelajar yang cemerlang merupakan aset terpenting dalam pencapaian akademik seseorang murid. Kegagalan pelajar menguruskan disiplin diri dengan baik secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai masalah dalam pergaulan dan pencapaian akademik.

Program ABC ini dirancang bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah disiplin kembali sedar akan kesilapan mereka. Bimbingan awal tentang kepentingan sahsiah yang baik dalam diri murid-murid diharap mampu merubah sikap mereka ke arah pembentukan sahsiah yang lebih cemerlang.

Program ini juga melibatkan ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah sebagai input dan maklumat asas kepada mereka dalam memahami maksud dan perihal jenayah.

Poster Program ABC

Objektif

i) Menimbulkan kesedaran murid-murid tentang kesilapan yang pernah mereka lakukan dan berusaha memperbaiki kesilapan tersebut

ii) Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah

iii) Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan rakan dan guru, keluarga dan masyarakat

iv) Meningkatkan kefahaman mengenai perihal jenayah kepada ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah sekolah

Buku Program ABC yang telah disediakan oleh Cikgu Rozimah;

Pautan buku program klik sini

Berikut dikongsikan potret Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung;

Pendaftaran peserta

    Peserta makan di kantin sebelum program

Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Zubair

YDP PIBG; Tn. Hj. Megat Md Salleh bin Md Arshad menyampaikan cenderamata kepada penceramah Slot 1 sesi pagi iaitu Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dengan diiringi oleh Guru Besar

Slot 1 sesi pagi bersama Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Slot 1 sesi petang juga turut bersama Tuan Haji Khairul Azhar 

Guru Besar bersama YDP PIBG dan Puan Juli semasa sesi penyampaian cenderahati kepada Penceramah Slot 2; Tuan Kamalaffandi bin Hashim (Fasilitator dan Penganalisa Jenayah Malaysia)

Slot 2 sesi pagi bersama Tuan Kamalaffandi bin Hashim 

Slot 2 sesi petang bersama Puan Norafiza binti Mohamed Noor
(Kaunselor Berdaftar SMK TTDI Jaya)

Peserta bersama Tuan Kamalaffandi bin Hashim, YDP PIBG dan barisan pentadbir merakam memori

Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir atas restu bagi melaksanakan Program ABC. Terima kasih juga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Jawatankuasa Unit HEM PPKI, Kelab Pencegahan Jenayah, Jawatankuasa Pelaksana dan semua warga sekolah yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Program ABC ini. Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada anak-anak murid kita.


Disediakan oleh,

Hanifah binti Ramlee
Amalina binti Abd Hamid
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Program ABC/2023

No comments:

Post a Comment