Friday, September 15, 2023

Laporan Minggu Bertugas Minggu Ke-23 (Sesi Pagi)

Hari : Isnin - Jumaat

Tarikh : 11 September 2023 - 15 September 2023 




Senarai Nama Guru Bertugas :
  1. Hanifah Binti Ramlee 
  2. Mawaddah Binti Kamarulzaman
  3. Syahirah Binti Tumar
  4. Norliza binti Ali@Yasim
  5. Nur Zakiah Binti Md Diah
  6. Nurhayati Binti Mohamed Nor
  7. Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
  8. Zairuddin Bin Mohamad Kelsom 
  9. Julaili Binti Onian
  10. Noriza Binti Md Nor
  11. Zaleha binti Sitam
  12. Nor Latipah binti Che Yusoff

Minggu persekolahan ke-23 telah melabuhkan tirai. Minggu ini merupakan giliran kumpulan E bertugas. Alhamdulillah sesi persekolahan kali ini berjalan dengan lancar dan teratur. Pada minggu ini juga berlangsungnya pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 peringkat sekolah. Oleh sebab itu, murid-murid bersemangat dan ceria hadir ke sekolah pada minggu ini. 

Seperti biasa, hari Isnin setiap minggu dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Mingguan.

Perhimpunan  Rasmi pada minggu ini telah dipengerusikan oleh adik Arisya Irdina Binti Mohammad Abdul Hakim ( 6 Oppo). Ianya dimulai dengan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dibimbing oleh adik Orked Amani binti Mohd Redzuan (6 oppo) kemudian disusuli dengan bacaan doa yang diketuai oleh adik Muhammad Zafran Bin Shahrul Nizam (5 Unix). Ustaz Zairuddin Bin Mohamad Kelsom selaku pengerusi majlis guru  hari ini memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Kaashif Nur Kihara binti Ahmad Fadhlan (6 Vivo).





Gambar Murid-Murid Semasa Perhimpunan


Laporan Bertugas Minggu Lepas telah disampaikan oleh Puan Azian Anuar.
  1. Kawalan Disiplin- Pada minggu lepas ada kes pergaduhan antara murid-murid. Guru Disiplin akan mengambil tindakan kepada murid-murid yang terlibat.
  2. Kebanyakkan murid lelaki berambut panjang manakala murid perempuan berkuku panjang. Murid-murid yang terlibat bersedia untuk dipanggil  oleh guru disiplin. Pemakaian mesti ikut peraturan sekolah.
  3. Nyanyian lagu sekolah setiap kali perhimpunan mesti ada kesalahan. Bahagian "progresif dan produktif" mesti salah. "Sekolah kebanggaan kita" bukan "sekolah kebangsaan kita". Murid mesti hafal lagu sekolah dengan betul.
  4. Minggu ini akan dijalankan spot check. Murid-murid mesti bersedia. 


Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azizah Bt Mokhlas.
  1. Puan Azizah berpesan supaya murid-murid menjaga adab semasa perhimpunan, tolong senyap dan kawal diri.
  2. Pada hari khamis, akan diadakan Hari Jalinan mesra kali pertama. Ingtkan pada ibu bapa untuk hadir ke sekolah untuk berbincang dengan guru mengenai  prestasi. pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Murid yang mendapat TP3 mesti ada peningkatan pada masa akan datang.. Yang mana belum menguasai, berusaha untuk capai tahap menguasai.

Memperkenalkan guru-guru baharu iaitu :

  1. Ustazah Salina
  2. Ustazah Murnie
  3. Ustaz Khairul Afiq 
  4. Cikgu Syahir




Perkataan LAWAD

BM = Menara Gading (Pusat Pengajian Tinggi) 

BI = Wade (Mengharungi) 

BA = Mim Alif Lam Ya Zai Ya Alif


Program yang dijalankan sepanjang minggu ini.

  1. Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik



2. Pertandingan Koir Tahun 4

3. Hari Jalinan Mesra







Gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada minggu ini.






Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang bertugas (Kumpulan E) pada minggu ini. Disiplin murid yang terkawal juga kebersihan sekolah memuaskan.

Disediakan oleh;
Nor Latipah Binti Che Yusoff

No comments:

Post a Comment