Tarikh Pelaksanaan : 14 Oktober - 18 Oktober 2024
Bulan Pusat Sumber telah masuk ke minggu ke-3. Pertandingan semakin menarik minat murid dan guru-guru. Mereka menampilkan kreativiti dan minat yang tinggi terhadap aktiviti dan pertandingan.
1. Lawatan ke Ujana Ilmu "Alice in Wonderland" bagi Tahun 6.
Lawatan ke Ujana Ilmu diteruskan dengan melibatkan beberapa buah kelas sesi pagi. Lawatan ini diiringi oleh guru mata pelajaran. Murid-murid dapat mengenali proses peminjaman buku dengan menggunakan kad Ujana Ilmu. Tak kenal maka tak cinta.
2. Kuiz Harian 'Ding Dong Bell'
Aktiviti diteruskan dengan kuiz harian yang dijalankan selepas waktu rehat di Dewan Perdana Guru Perpustakaan dan Media SKTPP terus tampil untuk memeriahkan lagi aktiviti Bulan Pusat Sumber. Murid-murid sudah memahami dan turut serta dalam aktiviti ini. Secara tidak langsung, dapat menerapkan nilai keyakinan dan keberanian untuk tampil menjawab soalan-soalan kuiz yang dikemukakan.
3. 'Jom Baca 10 minit' - 'Tell Me a Story'
Aktiviti membaca 10 minit diteruskan pada minggu ini. Murid-murid bersedia untuk mengikuti aktiviti ini dengan membaca buku. Ada yang membawa buku cerita dari rumah. Ini membuktikan kerjasama daripada pihak ibu bapa. Seterusnya, meenerapkan nilai minat akan buku. Buku jendela dunia.
4. Pertandingan Terbuka Peringkat Akhir : Pertandingan Hafazan 'Let's Recite & Retain'
Seterusnya, dijalankan pula pertandingan terbuka hafazan peringkat akhir. Guru-guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan Guru Bahasa Arab selaku juri pertandingan ini bertungkus lumus untuk memilih peserta yang terbaik dalam kalangan murid sesi pagi. Kelancaran hafazan murid semakin terserlah atas usaha mereka untuk menambat hati panel juri.
5. Saringan pertandingan terbuka (Minggu Akhir) : Pertandingan Nyanyian Solo 'The Nightingale'
Selanjutnya, minggu ini diadakan pertandingan terbuka saringan minggu terakhir. Pertandingan nyanyian semakin mendapat sambutan dalam kalangan murid-. pemilihan peserta semakin mencabar kerana kebanyakan mereka sememangnya berbakat.
6. Pendaftaran dan Persediaan (kategori murid) : Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu dan Pertandingan Bahasa Inggeris
Minggu ini diteruskan dengan pendaftaran dan persediaan kategori murid dalam pertandingan bercerita bahasa Melayu, pertandingan bercerita bahasa Inggeris. Murid-murid nampak lebih bersedia berbanding pada minggu lepas. Terserlah akan bakat mereka untuk menyertai pertandingan ini. Secara tidak langsung, murid lebih berkeyakinan untuk tampil di hadapan untuk menyampaikan cerita dengan intonasi dan gaya yang tersendiri.
7. Pendaftaran dan Persediaan (Kategori Guru dan Kakitangan)Pertandingan BBM Digital 'My Secret Recipe dan Pertandingan Swafoto: "Antara Aku, Buku & ...' - 'The Charms'
Minggu ini masih berlangsung pendaftaran dan persediaan pertandingan swafoto kategori guru dan kakitangan. Mereka berusaha untuk menghasilkan swafoto yang menarik dan bertepatan dengan tajuk pertandngan. Secara tidak langsung, dapat menampilkan kreativiti guru dan kakitangan.
8. Persiapan sudut NILAM
Sudut NILAM diteruskan pada minggu ini di dalam kelas. Terdapat beberapa orang murid membantu guru kelas masing-masing untuk menghias dan menyusun sudut NILAM d dalam kelas. Guru-guru kelas berusaha untuk menyediakan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap murid.
No comments:
Post a Comment