... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, October 11, 2024

Laporan Bulan Pusat Sumber Sesi Pagi Minggu ke-2

Tarikh pelaksanaan  :  7 Oktober 2024 - 11 Oktober 2024

Bulan Pusat Sumber peringkat sekolah diteruskan pada minggu ke -2.  Aktiviti semakin menarik bagi menambat hati murid-murid. untuk menyertai pelbagai aktiviti.  Di sini, dilampirkan bingkisan aktiviti sepanjang minggu ini. 

1. Lawatan ke Ujana Ilmu "Alice in Wonderland" bagi Tahun 5.  Murid-murid dibawa mengunjungi Ujana Ilmu dengan diiringi guru mata pelajaran.  Terserlah murid-murid begitu teruja dapat mengunjungi Ujana Ilmu.  Banyak pertanyaan yang diajukan kepada Guru Perpustakaan dan Media SKTPP.  Beliau begitu mesra melayani semua pertanyaan murid-murid.  Apatah lagi, beliau memberi penerangan yang cukup jelas tentang tatacara meminjam dan memulangkan buku.  Murid-murid berjanji akan rajin meminjam buku di Ujana Ilmu ini.

Alice in Wonderland


2. Kuiz Harian 'Ding Dong Bell' yang dilaksanakan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selepas waktu rehat di Dewan Perdana.  Sebagaimana yang dirancang, aktiviti ini dilaksanakan selepas waktu rehat.  Guru Perpustakaan dan Media (Cikgu Arnny Yusnita binti Md Enarji) mengambil ruang masa yang singkat untuk menjalankan aktiviti ini.  Beliau mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan aktiviti Ujana Ilmu.  Kebanyakan murid boleh menjawab soalan tersebut.  Secara tidak langsung, dapat menerapkan nilai keberanian mengutarakan pendapat dan idea di hadapan kawan-kawan.  Lantaran itu, dapat memberi peluang kepada murid tampil untuk menjawab soalan.  Ganjaran (hadiah) diberi kepada murid yang berjaya menjawab soalan-soalan kuiz.



3.  "Jom Baca 10 Minit" - " Tell Me a Story". Dijalankan setiap hari Selasa (masa ke-2) dan Khamis (masa ke-9) oleh guru mata pelajaran di dalam kelas masing-masing.

Aktiviti seperti ini dapat menggalakkan murid-murid untuk cinta akan buku.  Murid-murid begitu memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.  Kebanyakan murid membawa buku cerita dari rumah.  Apabila guru mata pelajaran memaklumkan untuk membaca 10 minit, murid-murid secara automatik mengeluarkan buku dari beg untuk membaca.  Guru mata pelajaran memantau bahan bacaan murid agar bahan bacaan itu bersesuaian dengan tahap umur mereka.  Pihak pentadbir (guru besar dan guru penolong kanan)  masuk ke kelas untuk melihat sendiri aktiviti ini dijalankan.  Aktiviti ini sangat memberi impak yang positif dalam menerapkan minat membaca.


4. Pada 11 Oktober 2024 telah diadakan aktiviti senamrobik sempena Hari Sukan Negara di Dataran Perhimpunan. 

Jumaat, 11 Oktober - diadakan aktiviti senamrobik sempena Hari Sukan Negara peingkat sekolah.  Aktiviti ini melibatkan semua murid sesi pagi dan sesi petang.  Senamrobik dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani.  Warga sekolah berkumpul di Dataran Perhimpunan sejak pukul 7:30 pagi dengan dimulakan dengan bacaan doa terlebih dahulu.  Apabila aktiviti bermula, semua murid dan semua guru bersenamrobik dengan alunan muzik.  Mereka sangat gembira dapat mengikuti aktiviti ini.  Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan.  Badan cergas minda cerdas.




5. Aktiviti pertandingan kategori individu dilaksanakan semasa PdP di dalam kelas bersama guru mata pelajaran panitia masing-masing.

Sepanjang Bulan Pusat Sumber peringkat sekolah ini berlangsung, pelbagai pertandingan diadakan yang melibatkan murid Aliran PPKI dan  Aliran Prasekolah.  Aktiviti ini mendapat sambutan daripada murid-murid tersebut.  Semua aktiviti mendapat bimbingan daripada semua guru PPKI dan Prasekolah.  Selain itu, diadakan pula pertandingan bawah kelolaan Panitia Matematik, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Sains.  Guru-guru mata pelajaran tersebut banyak membantu dan membimbing murid-murid untuk menyertai pertandingan tersebut.  Secara tidak langsung, dapat menerapkan sikap ingin tahu dan bersaing secara sihat.

Pertandingan Kategori Individu Aliran PPKI


Pertandingan Kategori Individu Prasekolah

Pertandingan Kategori Individu Bawah Kendalian Panitia Bahasa Inggeris


Pertandingan Kategori Individu Bawah Kendalian Panitia Matematik


Pertandingan Kategori Individu Bawah Kendalian Panitia Sains


6. Saringan pertandingan terbuka (Minggu Akhir)  :  Pertandingan Hafazan 'Let's Recite & Retain'

Seterusnya,  diadakan pula saringan  pertandingan terbuka hafazan.  Pertandingan ini secara terbuka di dalam kelas mengikut masa mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam.  Sambutan murid-murid  pada peringkat saringan ini amat menggalakkan kerana diadakan di dalam kelas,  Murid nampak lebih berkeyakinan untuk menyertai pertandingan hafazan ini.


Saringan pertandingan terbuka (Minggu Akhir)  :  Pertandingan Nyanyian Solo 'The Nightingale'

Bulan Pusat Sumber semakin meriah dengan adanya pertandingan nyanyian solo bawah kendalian Panitia Pendidikan Muzik.  Pada minggu ini, pertandingan dijalankan secara saringan terlebih dahulu.  Murid-murid teruja untuk menyertai pertandingan ini.  Selain itu, dapat mencungkil bakat nyanyian murid-murid.  Apatah lagi mendapat bimbngan dan tunjuk ajar daripada guru-guru mata pelajaran Pendidikan Muzik.  Ternyata ramai murid berbakat dalam bidangan nynyian.



7. Pendaftaran dan Persediaan (kategori murid)  :  Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pertandingan Melukis Doodle 'Our Beautiful Malaysia'

Pada minggu ini, pendaftaran dan persediaan pertandingan dibuka kepada murid-murid yang berminat.  Perandingan yang bakal berlangsung ialah Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu bawah kendalian Panitia Bahasa Melayu.  Manakala, Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris bawah kendalian Panitia Bahasa Inggeris.  Seterusnya, Pertandingan Melukis Doodle bawah kelolaan Pantia Pendidikan Seni.  Pertandingan sebegini dapat mencungkil bakat murid.  Selain itu, dapat merangsang minda murid untuk berkarya.



8. Pendaftaran dan Persediaan (Kategori Guru)  :  Pertandingan BBM Digital 'My Secret Recipe' dan Pertandingan Swafoto: "Antara Aku, Buku & ...' - 'The Charms'

Bulan Pusat Sumber peringkat sekolah lebih menarik dengan adanya pertandingan kategori guru dan kakitangan warga sekolah.  Pertandingan BBM Digital menonjolkan bakat guru dalam pembinaan modul atau bahan pembelajaran secara digital.  Guru-guru banyak didedahkan dengan teknologi digital yang banyak membantu mereka dalam pembelajaran,  Secara tidak langsung, dapat mengetengahkan kreativiti guru dalam arena pendigitalan.  Selain itu, diadakan pertandingan Swafoto kategori guru dan kakitangan sekolah.  Penghasilan swafoto bersama-sama buku ini dapat sambutan yang menggalakkan.  Hasil tangan dan kreativiti idea guru-guru sangat menarik.



9. Persiapan sudut NILAM 

Secara kelazimannya, Bulan Pusat Sumber ini tidak dapat dipisahkan dengan pertandingan sudut NILAM di dalam kelas.  Pada minggu ini, hanya persiapan yang perlu dilakukan oleh guru kelas bersama-sama murid kelas tersebut.  Gabungan idea dan kreativiti ini dapat dijalinkan dengan begitu baik sekali.  Guru kelas mendapat kerjasama daripada ibu bapa dengan membawa pelbagai bahan bacaan untuk dipamerkan di sudut NILAM kelas mereka.

 

Disediakan oleh : Norliza binti Ali @ Yasim dan Roslinda binti Mansor

No comments:

Post a Comment