... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, October 9, 2024

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNFORM PERINGKAT SEKOLAH 2024


Pada 9 Oktober 2024, Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah berjaya melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Sekolah. Ini merupakan salah satu kegiatan dalam bidang kokurikulum yang diadakan pada setiap tahun di peringkat sekolah.  Maklumat program seperti butiran berikut:

Tarikh                : 5 Oktober 2022

Hari                    : Rabu
Masa                   : 1.50 - 3.00 petang
Tempat                : Dataran Perhimpunan dan Dewan Perdana SKTPP
Anjuran               : Unit Kokurikulum SKTPP
Sasaran                : Unit Beruniform Pengakap, PPIM, PPT, BSMM dan TKRS
Bilangan peserta: 155 orang murid (setiap pasukan, 31 orang)

Antara objektif pertandingan adalah :
3.1  Membina generasi pelajar yang mempunyai semangat patriotik, cintakan bangsa, agama dan negara.

3.2 Memenuhi kehendak dan harapan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha yang bersungguh-sungguh ke arah pembinaan generasi baru yang sangat kental semangat, berketrampilan dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

3.3  Memberi peluang kepada para pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan mempunyai daya kepimpinan dan daya juang yang tinggi.

3.4  Membentuk generasi pelajar yang memahami, menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan   dalam kalangan pelajar berbilang kaum bagi menghadapi cabaran  hidup pada masa akan datang.

3.5  Memberi peluang kepada pelajar untuk menambah markah pencapaian kokurikulum bagi PAJSK.

Pertandingan ini dilaksanakan hasil bimbingan para jurulatih yang telah memberi komitmen yang amat baik dalam mengasah bakat peserta pertandingan dalam kemahiran kawad kaki. Hasil kegigihan jurulatih dan para peserta, pertandingan ini telah berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan.

Berikut disertakan jurulatih-jurulatih yang terlibat bagi setiap pasukan. 
Pengurus Peserta (Jurulatih)

TKRS
1. En. Zurilazman bin Abdullah (K)
2. Pn. Roseniza binti. Setapa
3. Pn. Nurliza binti. Ab Rahman 
4. Cik Nanthini a/p Nadason


PENGAKAP
1. En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin (K)
2. En. Ahmad Mustafid bin Mat Shariff 
3. En. Wan Faizol bin Wan Mat
4. En. Muhammad Khairul Afiq bin Jamili

PANDU PUTERI TUNAS
1. Pn. Murnei binti Ahmad (K)
2. Pn. Jamunarani a/p Bhoja Rajan
3. Pn. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
4. Cik Liyana Iffah binti Mohamad Shah

PPIM
1. Pn. Jamilah binti Mohd Yusof (K)
2. Pn. Safinatunajakh binti Mat Som
3. Pn. Umi Nazrah binti Saharoni
4. Pn. Norinna binti Mohamed

BSMM
1. En. Mohd Rusydan bin Ismail (K) 
2. En. Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib 
3. Pn. Nur Zakiah binti. Md Diat  
4. Pn. Nurzainon binti Mohd Razalli  


Keputusan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform :
Tempat Pertama: Puteri Islam (PPIM)
Tempat Kedua: Pandu Puteri Tunas (PPT)
Tempat Ketiga: Pengakap
Tempat Keempat: Tunas Kadet Remaja Sekolah
Tempat Kelima: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Komanden Terbaik : Wan Aisha Adlina binti Wan Mohd Farest (PPIM)

Seterusnya, dikongsikan gambar-gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera:

Banner Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform


Wakil Unit Beruniform Pengakap sedang bersiap sedia.

Pasukan Kawad Kaki TKRS Sedang Dinilai.

Pasukan Kawad Kaki Puteri Islam sedang dinilai.


Pasukan Kawad Kaki BSMM sedang dinilai.


Pasukan Kawad Kaki Pandu Puteri Tunas sedang dinilai.

Kompilasi gambar Pasukan Persatuan Persekutuan Pengakap Malaysia.


Kompilasi gambar Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah.


Kompilasi gambar Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia. 

Kompilasi gambar Pasukan Pandu Puteri Tunas


Kompilasi gambar Pasukan Bulan Sabit Malaysia

Sesi penyampaian hadiah.


Pihak sekolah mengucapkan sekalung tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang menyertai Pertandingan Kawad kaki. Kepada yang tidak berjaya, anda tetap hebat dan teruskan usaha anda pada masa akan datang. 

Disediakan oleh: 
Pn. Rosmawati binti Md Desa
Pn. Nur Murni binti Abdullah

No comments:

Post a Comment