... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, January 17, 2020

Majlis Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2020

Pembimbing Rakan Sebaya atau dikenali sebagai PRS merupakan nadi penggerak kepada Unit Bimbingan & Kaunseling (B&K). Seramai 72 orang PRS di SK Taman Putra Perdana terdiri daripada murid Tahun 3, 4, 5 & 6 telah menerima watikah pelantikan pada hari ini.

Perkhidmatan PRS di sekolah berperanan sebagai rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Di samping itu, PRS juga membantu menggerakkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah, serta menjadi ikon kepada murid-murid lain. Justeru, PRS akan menjalankan tugas sebagai rakan sebaya yang positif dan berketrampilan dengan tagline "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain".

Sekitar Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan PRS Sesi Pagi

Dipengerusikan oleh Pn Juli bt Mahbah dan
ucapan telah disempurnakan oleh Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM)

Pn Rosmah menyampaikan watikah pelantikan kepada PRS

Seramai 56 orang PRS sesi pagi menerima watikah pelantikan pada hari ini

Bacaan ikrar PRS diketuai oleh Nur Dania Alesya bt Mohd Zaidi

Memotong kek tanda kesyukuran selepas pelantikan dibuat

Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan Guru Bimbingan & Kaunseling

Sekitar Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan PRS Sesi Petang

1. Dipengerusikan oleh Pn Rozimah bt Yaakob
2. Bacaan Doa oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil
3. Ucapan telah disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad (PK Petang)

Penyampaian watikah disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad

Seramai 16 orang PRS telah menerima watikah pelantikan pada hari ini


Bacaan ikrar diketuai oleh Izz Zahirul (3 Vivo)

Seronok adik-adik PRS hari ini dapat makan kek sempena penyampaian watikah pelantikan 2020

Bergambar kenangan bersama Pn Jumilah bt Ahmad dan guru-guru

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan PRS bagi sesi 2020 atas pelantikan pada hari ini. Semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Jadikanlah keikhlasan sebagai panduan dalam membentuk personaliti diri yang unggul serta mengutamakan kesejahteraan diri dalam memberi bantuan.

Wednesday, January 15, 2020

Kejohanan Merentas Desa 2020

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa tahun 2020 seperti maklumat berikut:

Tarikh : 15 Januari 2020 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat : Sekitar Taman Putra Perdana

Tujuan program diadakan saban tahun adalah untuk memperkembangkan potensi diri dan mencungkil bakal yang ada dalam kalangan murid tahap 2 di sekolah ini. Selain itu, dapat memberi peluang kepada murid-murid menyertai aktiviti bersukan dan beriadah secara positif. 

Berikut adalah senarai nama pemenang kejohanan merentas desa sekolah mengikut kategori :
Tahun 4 (Lelaki)

Tahun 4 (Perempuan)
Tahun 5 (Lelaki)
Tahun 5 (Perempuan)
Tahun 6 (Lelaki)
Tahun 6 (Perempuan)

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang kejohanan ini berlangsung:


Kata alu-aluan oleh GPK Kokurikulum, En. Shahrizal

Dimulakan dengan senaman ringan

Penglibatan murid PPKI

Kemeriahan di pagi hari sebelum merentas desa
Air disediakan kepada murid



Check point akhir

Ucapan daripada GB, Puan Hjh. Rohaidah

Wajah ceria murid-murid yang berjaya

Wajah-wajah murid 10 terawal tiba bagi tahun 6

Semangat luar biasa murid PPKI

Disediakan oleh:
Fatin Huzaikka
(AJK Posting Blog Sekolah)

Tuesday, January 14, 2020

Kriket SKTPP @ Sinar Harian lagi

Hari ini SKTPP masuk akhbar lagi... Terima kasih Sinar Harian kerana memberi peluang kepada kami mengimbau memori manis semasa menjuarai Kejohanan Champion School Kriket Peringkat Kebangsaan tahun 2019 yang lepas. Semoga lebih banyak kejayaan & pencapaian akan dirangkul oleh pasukan kriket sekolah dan SRCC pada tahun 2020 ini...

Monday, January 13, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 (Sesi Petang)

Tarikh   : 13 Januari 2020
Hari      :  Isnin
Masa     : 1.20-1.50 Petang
Tempat :  Dewan Perdana

Pengacara Majlis : Encik Abdul Hafiz Bin Abdul Halil


Guru Bertugas :

1. Encik Abdul Hafiz Bin Abdul Halil
2. Puan Salina Binti Mohd Tasu
3. Puan Nur Malisha Binti Omar
4. Puan Nurazlin Binti Mat Nor
5. Puan Nora Azean Binti Che Othman
6. Encik Noorhisham Bin Mohd Noor
7. Puan Fadhilah Binti Talib


Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa. Bacaan doa telah dipimpin oleh adik Muhammad Dirar Azwar Bin Alias dari kelas 3 Vivo.


3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya.


4. Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh adik Kaasif Nur Kihara Binti Ahmad Fadhlan dari kelas 3 Vivo dengan bimbingan guru pengawas sesi petang, Puan Suriyana Binti Salim.



5. Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Nur Affiqah Binti Ahmad Subian.


  • Murid diingatkan untuk tidak berlari bagi mengelakkan kecederaan terutamanya semasa waktu rehat.
  • Kawasan surau dan sekitarnya adalah kawasan larangan kerana sedang dalam proses pengubahsuaian. Murid tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan tersebut kerana dibimbangi berlakunya kecederaan. 
6. Tema ucapan : Peraturan Sekolah

a) Kantin
  • Murid mestilah beratur semasa hendak membeli makanan.
  • Dilarang berlari di kantin.
  • Sampah mestilah dibuang ke dalam tong sampah.
  • Setelah selesai makan, pinggan dan gelas mestilah dimasukkan ke dalam bekas yang telah disediakan.
b)Tandas
  • Murid diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan tandas.
  • Dilarang menconteng dinding tandas.
7. Lawad

Bahasa Melayu
menghiris = memotong nipis-nipis

Bahasa Inggeris
car = kereta

Bahasa Arab 
الباب = pintu

8. Ucapan PK Petang
  • Murid diingatkan untuk memakai pas keluar kelas jika berada di luar bilik darjah. 
  • Ibubapa tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah semasa menghantar dan mengambil murid pada waktu datang dan balik sekolah. 
  • Semua murid wajib memakai lencana sekolah.
  • Murid diingatkan agar menjaga kebersihan diri dan memastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.

Perhimpunan berakhir pada pukul 1.50 petang.

Disediakan oleh,
Salina Binti Mohd Tasu

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 (Sesi Pagi)

Tarikh              : 13 Januari 2020
Masa                : 7.30 – 8.15 pagi
Tempat            : Dewan Perdana, SKTPP

Pengacara Majlis (Guru)        : Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji
Pengacara Majlis (Murid)       : Adik Nur Dania Alesya binti Mohd. Zaidi

Senarai Guru Bertugas Kumpulan C:
1. Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji
2. Encik Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
3. Puan Faridatul-Akma binti Ismail
4. Puan Junaidah binti Rus
5. Puan Nur Murni binti Abdullah
6. Puan Rosmizawati binti Yusub
7. Encik Mahadir bin Midun
8. Puan Norzainon binti Mohd. Razali
9. Puan Azlina binti Mat Isa
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Ketiga-tiga buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Nur Amalia Syamina binti Dinaz Suhadi Putra.
  • Bacaan doa oleh Adik Muhammad Syafiq Ahnaf bin Muhammad Kamarul Hisham
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji.
  • Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri binti Wan Nurkihan.
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh adik 
Nur Amalia Syamina binti Dinaz Suhadi Putra

Bacaan doa yang dipimpin oleh adik Muhammad Syafiq Ahnaf bin Muhammad Kamarul Hisham

Lafaz ikrar yang diketuai oleh Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji

Lafaz ikrar murid yang dipimpin oleh adik Wan Nur Emalin Zahra Putri binti Wan Nor Kihan


Pengacara Majlis: Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji dan Adik Nur Dania Alesya binti Mohd Zaidi.


     2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
         Laporan telah disampaikan oleh Puan Norli binti Hassan.

Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Norli binti Hassan.

     3. Ucapan Guru Bertugas

  • Guru bertugas iaitu Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji memperkenalkan barisan guru bertugas mingu ini iaitu 'Kumpulan C'.
  • Guru bertugas juga mengingatkan murid-murid berkenaan pemakaian baju uniform sekolah yang lengkap dan kemas terutamanya lencana dan tali leher. 
  • Guru bertugas turut memaklumkan berkenaan penggunaan Pagar A dan Pagar B sekolah. Pagar  A digunakan oleh murid-murid yang berjalan kaki atau berbasikal manakala Pagar B sekolah dikhususkan buat murid-murid yang datang dengan menaiki kereta atau van.
  • Guru Bertugas seterusnya memaklumkan perkataan lawad Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab :
    - Bahasa Melayu : idola (orang yang sangat kita minati)
    - Bahasa Inggeris: steal (mencuri)
    - Bahasa Arab: المعكرونة (mee) 
Barisan guru yang bertugas untuk minggu ke-3.

Barisan pentabir SK Taman Putra Perdana.

Barisan guru SK Taman Putra Perdana.

    4. Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
  • PK HEM mengingatkan murid-murid agar memakai pakaian Unit Beruniform masing-masing yang lengkap pada minggu ketiga setiap bulan. 
  • PK HEM memberi makluman berkaitan Kejohanan Merentas Desa yang akan diadakan pada 15 Januari 2020. Murid-murid diingatkan untuk bersarapan terlebih dahulu dan meminum air yang mencukupi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diigini pada hari kejohanan.
  • Murid-murid yang memenangi acara merentas desa tersebut juga akan dipilih sebagai wakil sekolah bagi pertandingan peringkat daerah.
  • PK HEM turut mengingatkan murid-murid berkaitan penggunaan tangga sekolah yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan murid pada sesi pagi dan petang.
  • Murid-murid yang menjalani latihan sukan juga diingatkan untuk menepati masa agar tidak ketinggalan sesi pembelajaran di dalam kelas.
  • Murid-murid seterusnya diingatkan untuk beratur semasa ingin bergerak ke bilik-bilik khas.
  • Murid-murid yang berbasikal ke sekolah diminta lebih peka dan berhati-hati dengan pergerakan kereta di dalam sekolah khususnya semasa ada kenderaan sedang berundur bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa di dalam kawasan sekolah. 
 Majlis bersurai pada jam 8.15 pagi dan murid-murid diminta bergerak ke kelas masing-masing bersama-sama dengan guru waktu semasa. 

Laporan disediakan oleh:
Puan Nur Murni binti Abdullah.

Thursday, January 9, 2020

Pelancaran Program Guru Penyayang 2020


Hari ini telah berlangsung Pelancaran Program Guru Penyayang yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Pelaksanaan program ini berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia  Bil.4/2012 dengan memberi penegasan mengenai konsep guru penyayang dan meningkatkan kepedulian guru terhadap murid pada setiap masa. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi. Menerusi tradisi kecemerlangan, mendidik dengan penuh kasih sayang...

Yang muda dikasihi,
Yang dewasa disayangi;
Budaya penyayang amalan kami,
Lahirnya insan sahsiah terpuji.

Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar harap lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.

Sekitar Pelancaran Program Guru Penyayang Sesi Pagi:

Buku Program 'Pelancaran Program Guru Penyayang 2020'
Suasana semasa majlia Pelancaran Program Guru Penyayang

Majlis dirasmikan oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
Pengacara majlis oleh Pn Arnny Yusnita binti MdEnarji
Bacaan doa di bawah pimpinan ustaz Ahmad Zubair bin Haji MuhammadTaib
Murid dikasihi, guru disayangi
Jawatankuasa Unit Guru Penyayang 2020
Sekitar Pelancaran Program Guru Penyayang Sesi Petang:

Ucapan Perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali;
Pengacara majlis oleh Pn Nor Arzh binti Hussin;
Bacaan doa di bawah pimpinan Ustaz Abdul Aziz bin Abdul Halil

Gimik pelancaran Program Guru Penyayang

Bergambar kenangan bersama murid dan barisan jawatankuasa Unit Guru Panyayang 
Lagi laporan Pelancaran Program Guru Penyayang 2020 di blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Disediakan oleh:
Pn Siti Rabiaah binti Mohamed
Pn Noor Hayati binti Yusof
Pn Juli binti Mahbah

Tuesday, January 7, 2020

SRCC Bangkit @ Sinar Harian

Alhamdulillah berita kejayaan Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) telah dimuatkan di dada akhbar Sinar Harian hari ini. Tahniah SRCC! Semoga sukan kriket SKTPP akan terus cemerlang pada tahun 2020 ini..



Guru Besar dan PK Petang SKTPP tumpang bangga

Laporan lengkap berita SRCC Bangkit sila klik di sini.