Monday, January 13, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 (Sesi Pagi)

Tarikh              : 13 Januari 2020
Masa                : 7.30 – 8.15 pagi
Tempat            : Dewan Perdana, SKTPP

Pengacara Majlis (Guru)        : Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji
Pengacara Majlis (Murid)       : Adik Nur Dania Alesya binti Mohd. Zaidi

Senarai Guru Bertugas Kumpulan C:
1. Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji
2. Encik Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
3. Puan Faridatul-Akma binti Ismail
4. Puan Junaidah binti Rus
5. Puan Nur Murni binti Abdullah
6. Puan Rosmizawati binti Yusub
7. Encik Mahadir bin Midun
8. Puan Norzainon binti Mohd. Razali
9. Puan Azlina binti Mat Isa
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Ketiga-tiga buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Nur Amalia Syamina binti Dinaz Suhadi Putra.
  • Bacaan doa oleh Adik Muhammad Syafiq Ahnaf bin Muhammad Kamarul Hisham
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji.
  • Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri binti Wan Nurkihan.
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh adik 
Nur Amalia Syamina binti Dinaz Suhadi Putra

Bacaan doa yang dipimpin oleh adik Muhammad Syafiq Ahnaf bin Muhammad Kamarul Hisham

Lafaz ikrar yang diketuai oleh Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji

Lafaz ikrar murid yang dipimpin oleh adik Wan Nur Emalin Zahra Putri binti Wan Nor Kihan


Pengacara Majlis: Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji dan Adik Nur Dania Alesya binti Mohd Zaidi.


     2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
         Laporan telah disampaikan oleh Puan Norli binti Hassan.

Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Norli binti Hassan.

     3. Ucapan Guru Bertugas

  • Guru bertugas iaitu Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji memperkenalkan barisan guru bertugas mingu ini iaitu 'Kumpulan C'.
  • Guru bertugas juga mengingatkan murid-murid berkenaan pemakaian baju uniform sekolah yang lengkap dan kemas terutamanya lencana dan tali leher. 
  • Guru bertugas turut memaklumkan berkenaan penggunaan Pagar A dan Pagar B sekolah. Pagar  A digunakan oleh murid-murid yang berjalan kaki atau berbasikal manakala Pagar B sekolah dikhususkan buat murid-murid yang datang dengan menaiki kereta atau van.
  • Guru Bertugas seterusnya memaklumkan perkataan lawad Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab :
    - Bahasa Melayu : idola (orang yang sangat kita minati)
    - Bahasa Inggeris: steal (mencuri)
    - Bahasa Arab: المعكرونة (mee) 
Barisan guru yang bertugas untuk minggu ke-3.

Barisan pentabir SK Taman Putra Perdana.

Barisan guru SK Taman Putra Perdana.

    4. Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
  • PK HEM mengingatkan murid-murid agar memakai pakaian Unit Beruniform masing-masing yang lengkap pada minggu ketiga setiap bulan. 
  • PK HEM memberi makluman berkaitan Kejohanan Merentas Desa yang akan diadakan pada 15 Januari 2020. Murid-murid diingatkan untuk bersarapan terlebih dahulu dan meminum air yang mencukupi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diigini pada hari kejohanan.
  • Murid-murid yang memenangi acara merentas desa tersebut juga akan dipilih sebagai wakil sekolah bagi pertandingan peringkat daerah.
  • PK HEM turut mengingatkan murid-murid berkaitan penggunaan tangga sekolah yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan murid pada sesi pagi dan petang.
  • Murid-murid yang menjalani latihan sukan juga diingatkan untuk menepati masa agar tidak ketinggalan sesi pembelajaran di dalam kelas.
  • Murid-murid seterusnya diingatkan untuk beratur semasa ingin bergerak ke bilik-bilik khas.
  • Murid-murid yang berbasikal ke sekolah diminta lebih peka dan berhati-hati dengan pergerakan kereta di dalam sekolah khususnya semasa ada kenderaan sedang berundur bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa di dalam kawasan sekolah. 
 Majlis bersurai pada jam 8.15 pagi dan murid-murid diminta bergerak ke kelas masing-masing bersama-sama dengan guru waktu semasa. 

Laporan disediakan oleh:
Puan Nur Murni binti Abdullah.

No comments:

Post a Comment