Thursday, January 9, 2020

Pelancaran Program Guru Penyayang 2020


Hari ini telah berlangsung Pelancaran Program Guru Penyayang yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Pelaksanaan program ini berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia  Bil.4/2012 dengan memberi penegasan mengenai konsep guru penyayang dan meningkatkan kepedulian guru terhadap murid pada setiap masa. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi. Menerusi tradisi kecemerlangan, mendidik dengan penuh kasih sayang...

Yang muda dikasihi,
Yang dewasa disayangi;
Budaya penyayang amalan kami,
Lahirnya insan sahsiah terpuji.

Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar harap lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.

Sekitar Pelancaran Program Guru Penyayang Sesi Pagi:

Buku Program 'Pelancaran Program Guru Penyayang 2020'
Suasana semasa majlia Pelancaran Program Guru Penyayang

Majlis dirasmikan oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
Pengacara majlis oleh Pn Arnny Yusnita binti MdEnarji
Bacaan doa di bawah pimpinan ustaz Ahmad Zubair bin Haji MuhammadTaib
Murid dikasihi, guru disayangi
Jawatankuasa Unit Guru Penyayang 2020
Sekitar Pelancaran Program Guru Penyayang Sesi Petang:

Ucapan Perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali;
Pengacara majlis oleh Pn Nor Arzh binti Hussin;
Bacaan doa di bawah pimpinan Ustaz Abdul Aziz bin Abdul Halil

Gimik pelancaran Program Guru Penyayang

Bergambar kenangan bersama murid dan barisan jawatankuasa Unit Guru Panyayang 
Lagi laporan Pelancaran Program Guru Penyayang 2020 di blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Disediakan oleh:
Pn Siti Rabiaah binti Mohamed
Pn Noor Hayati binti Yusof
Pn Juli binti Mahbah

No comments:

Post a Comment