Monday, January 13, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 (Sesi Petang)

Tarikh   : 13 Januari 2020
Hari      :  Isnin
Masa     : 1.20-1.50 Petang
Tempat :  Dewan Perdana

Pengacara Majlis : Encik Abdul Hafiz Bin Abdul Halil


Guru Bertugas :

1. Encik Abdul Hafiz Bin Abdul Halil
2. Puan Salina Binti Mohd Tasu
3. Puan Nur Malisha Binti Omar
4. Puan Nurazlin Binti Mat Nor
5. Puan Nora Azean Binti Che Othman
6. Encik Noorhisham Bin Mohd Noor
7. Puan Fadhilah Binti Talib


Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa. Bacaan doa telah dipimpin oleh adik Muhammad Dirar Azwar Bin Alias dari kelas 3 Vivo.


3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya.


4. Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh adik Kaasif Nur Kihara Binti Ahmad Fadhlan dari kelas 3 Vivo dengan bimbingan guru pengawas sesi petang, Puan Suriyana Binti Salim.



5. Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Nur Affiqah Binti Ahmad Subian.


  • Murid diingatkan untuk tidak berlari bagi mengelakkan kecederaan terutamanya semasa waktu rehat.
  • Kawasan surau dan sekitarnya adalah kawasan larangan kerana sedang dalam proses pengubahsuaian. Murid tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan tersebut kerana dibimbangi berlakunya kecederaan. 
6. Tema ucapan : Peraturan Sekolah

a) Kantin
  • Murid mestilah beratur semasa hendak membeli makanan.
  • Dilarang berlari di kantin.
  • Sampah mestilah dibuang ke dalam tong sampah.
  • Setelah selesai makan, pinggan dan gelas mestilah dimasukkan ke dalam bekas yang telah disediakan.
b)Tandas
  • Murid diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan tandas.
  • Dilarang menconteng dinding tandas.
7. Lawad

Bahasa Melayu
menghiris = memotong nipis-nipis

Bahasa Inggeris
car = kereta

Bahasa Arab 
الباب = pintu

8. Ucapan PK Petang
  • Murid diingatkan untuk memakai pas keluar kelas jika berada di luar bilik darjah. 
  • Ibubapa tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah semasa menghantar dan mengambil murid pada waktu datang dan balik sekolah. 
  • Semua murid wajib memakai lencana sekolah.
  • Murid diingatkan agar menjaga kebersihan diri dan memastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.

Perhimpunan berakhir pada pukul 1.50 petang.

Disediakan oleh,
Salina Binti Mohd Tasu

No comments:

Post a Comment