Monday, March 7, 2011

KEM RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN ( RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)merupakan satu program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan agama. Mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu di kalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. Dapat mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap bersatupadu tetapi juga berjiwa patriotik dan harus dipupuk dan disemai di kalangan anak-anak sejak awal lagi.

Jabatan Pejaran Selangor bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor telah menjalankan Kem Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)2011 di Golden Straits Villas Resort di Port Dickson , Negeri Sembilan.Empat buah daerah mengambil bahagian dalam kem ini antaranya ialah daerah Sepang , Hulu Langat , Hulu Selangor dan Gombak. Seramai 283 orang murid yang menghadiri kem ini. Dari sekolah kita seramai empat orang murid mengambil bahagaian iaitu:

1. AMIRAH FATINI BINTI AZMI ( 6 Alamanda)
2. AMIRAH YASMIN BINTI MOHD AZMIR ( 6 Alamanda)
3. JAYJET ANAK NIKOD ( 6 Alamanda)
4. RAIMI BIN RIDZUAN ( 6 Alamanda)
Ini antara gambar - gambar aktiviti di Kem RIMUP


Pendaftaran di Kem RIMUP


Aktiviti Pecah Sosial


Aktiviti menghasilkan logo , bendera dan motto kumpulan


Mumia tisu


Permainan



Menghasilkan Kolam

Menganyam tikar


Membuat Tang Long



Malam Satu Malaysia

Malam Satu Malaysia


Persembahan Kumpulan



Persembahan Kumpulan

No comments:

Post a Comment