Friday, March 11, 2011

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011

Sepanjang minggu ini (7 - 11 Mac 2011) telah dijalankan Program Sekolah Selamat 2011. Tema pada tahun ini ialah "Bersama Kita Membina Sekolah Selamat & Ceria". Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah Keselamatan Pergi & Balik Sekolah, edaran brosur (Buli & Peras Ugut), ceramah Pemakanan Berkhasiat & Keracunan Makanan dan Latihan Mengosongkan Bangunan.



Walaubagaimanapun, latihan mengosongkan bangunan bagi sesi petang terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan latihan akan dijalankan pada selepas cuti sekolah. Demonstrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba & Penyelamat, Cawangan Cyberjaya juga ditunda pada 24 Mac 2011.


Terima kasih diucapkan kepada semua Pentadbir, AJK Pelaksana, guru-guru & murid-murid yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.



Perasmian program dijalankan semasa perhimpuanan mingguan

Taklimat mengosongkan bangunan oleh En. Pazli untuk murid-murid sesi pagi


Perasmian program oleh Guru Besar pada 7 Mac 2011


Murid-murid sesi petang bersedia untuk mendengar taklimat mengosongkan bangunan


Taklimat mengosongkan bangunan oleh En. Wan Mohd. Roswandy



Perasmian Program Sekolah Selamat bagi sesi petang oleh Pn. Siti Hanim

Penolong Kanan Petang


Murid-murid sesi pagi bersedia untuk mendengar ceramah Keselamatan Pergi Dan Balik Sekolah pada 8 Mac 2011 oleh JKJR Negeri Selangor.



En. Yusoff B. Hashim, Penolong Pengarah JKJR Negeri Selangor menyampaikan ceramah Keselamatan Pergi Dan Balik Sekolah.

Demonstrasi cara pemakaian topi keledar yang betul oleh Pn. Jamilah Ariffin,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.



Cenderamata & Sijil Penghargaan untuk penceramah sebagai tanda terima kasih.


Ceramah Keselamatan Pergi dan Balik Sekolah untuk murid-murid sesi petang oleh Sub Inspektor Hashim B. Mohamad, Ketua Balai Polis Taman Putra Perdana



Penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderamata oleh Pn. Siti Hanim sebagai tanda terima kasih.



Ceramah Pemakanan Berkhasiat dan Keracunan Makanan untuk murid-murid sesi pagi pada 10 Mac 2011 oleh Pn. Norunnajiha Ngatiman, Pegawai PKD Sepang.


Murid-murid memberi perhatian ketika mendengar ceramah yang disampaikan.

Cenderamata & Sijil Penghargaan kepada penceramah sebagai tanda terima kasih.

Ceramah Makanan Berkhasiat dan Keracunan Makanan untuk murid-murid sesi petang disampaikan oleh Dr.Rina daripada Pasukan Kesihatan Sekolah, PKD Sepang


Demonstrasi "Mencuci Tangan Dengan Betul" oleh Pn.Fatuha.

Murid-murid memberi respond yang baik apabila soalan diajukan.

Hadiah diberikan kepada murid yang berjaya menjawab soalan.

Cenderamata & Sijil Penghargaan kepada penceramah sebagai tanda terima kasih.

Suasana ketika loceng kecemasan dibunyikan (Latihan mengosongkan bangunan).


Murid-murid sesi pagi berkumpul di gelanggang badminton.

Guru-guru menyemak jumlah murid masing-masing.

Rumusan latihan mengosongkan bangunan oleh En.Musrizuan.

No comments:

Post a Comment