Thursday, March 10, 2011

Sesi Motivasi Bersama Naib Yang Dipertua PIBG

Muafakat Membawa Berkat.  Berpegang kepada pepatah tersebut, Unit Kecemerlangan UPSR menjalinkan kerjasama dengan PIBG dalam meningkatkan motivasi calon UPSR 2011.  Seia dan sekata antara guru dan ibubapa menjadi bukti bahawa usaha yang diberikan selama ini tidak lain dan tidak bukan adalah  bertujuan untuk melahirkan anak-anak didik yang berilmu, seimbang dan harmonis. 
En. Rushdan Mohamed sedang membakar semangat murid-murid


Cikgu Ruby dan Cikgu Wani


Program yang mengambil masa kira-kira 45 minit ini telah berlangsung sejak Selasa lalu. Semua kelas Tahun 6 dibahagikan kepada 3 kumpulan dan hari ini merupakan sesi kumpulan terakhir yang melibatkan kelas Gardenia, Orkid dan Daisy.

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Terima kasih kepada semua yang terlibat. 

No comments:

Post a Comment