Tuesday, March 22, 2011

LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN (SESI PETANG)

Hari ini murid-murid sesi petang telah dikejutkan dengan deringan loceng yang panjang pada pukul 5.00 petang. Sesi Latihan Mengosongkan Bangunan akhirnya dapat diadakan setelah ditangguhkan pada minggu Program Sekolah Selamat. Program ini dapat dijalankan dengan lancar walaupun keadaan cuaca kurang baik. Sesi latihan ini akan dijalankan lagi pada bila-bila masa bagi meningkatkan kepekaan warga sekolah terhadap sebarang bencana atau kecemasan.



Murid-murid berjalan pantas ke tempat yang selamat setelah mendengar loceng kecemasan


Murid-murid Tahun 2 berkumpul di Dewan Putra
Murid-murid Tahun 1 & 3 berkumpul di gelanggang badminton
En. Wan Mohd Roswandy membuat rumusan tentang latihan yang diadakan pada hari ini.

Murid-murid memberi sepenuh perhatian semasa rumusan diberikan.




No comments:

Post a Comment