Friday, May 25, 2012

PENYERAHAN SUMBANGAN DARIPADA PIHAK TNB

Pada hari ini, 25 Mei 2012, SKTPP telah dilawati oleh 6 orang pegawai daripada TNB Putrajaya dan Petaling Jaya iaitu Encik Nor Zaidi Abdul Majid (Jurutera Kanan TNB Putrajaya), Imeran Adnan (Eksekutif Perkhidmatan & Pembangunan Prestasi TNB Putrajaya dan Cyberjaya), Mohd Khalip Ariffin, Abdul Munir Mohd Zain dan Siti Elyana.

Mereka hadir ke sekolah untuk menyerahkan sumbangan cek yang bernilai RM1000.  Sumbangan ini diberikan untuk membantu pihak sekolah melaksanakan Program Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Peningkatan Kecemerlangan UPSR iaitu Kem Gagasan Cemerlang UPSR 2012.

Program Kem Gagasan ini akan dijalankan di Kolej Uniti Port Dickson bermula pagi esok hingga hari Ahad 27 Mei 2012.  Seramai 80 orang murid dan 10 orang guru pembimbing terlibat dalam program ini. 80 orang murid terpilih berdasarkan keputusan Penilaian Pertengahan Tahun iaitu 70 kedudukan terbaik dalam tahun 6 dan 10 orang lagi dipilih berdasarkan peningkatan prestasi terbaik.

merakam kenangan di hadapan pejabat SKTPP

menerima sumbangan cek daripada Encik Nor Zaidi Abdul Majid


sesi perbincangan dan bual mesra

pelawat menulis nama dalam buku pelawat

Jutaan terima kasih daun keladi kerana sudi memberi sumbangan kepada warga sekolah.  Semoga kerjasama sebegini berterusan untuk aktiviti-aktiviti akan datang.



1 comment:

  1. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak TNB yg sudi memberi sumbangan kepada SKTPP demi untuk menjayakan program yg sedang berlangsung hari ini dan esok,sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan program tersebut.Jasa dan sumbangan pihak tuan akan dikenang demi kecemerlangan murid UPSR.

    ReplyDelete