Tuesday, September 11, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SESI PETANG(MINGGU KE33)

Hari     : Isnin
Tarikh : 10 September 2012
Masa   : 6.10-6.40 petang
GURU BERTUGAS MINGGUAN
  1. PuanFadhilah Talib
  2. Puan Yani Ahmad
  3. Puan Salmi Amir
  4. Puan Nazahiyah Ab Rahman
  5. Encik Hafiz Mohd Nor
LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
  2. Bacaan doa oleh adik Fathul Akbar (3 Waja)
  3. Bacaan ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Encik Hafiz Mohd Nor
  4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Husna Aqilah (3 Waja)
Laporan / Ulasan guru bertugas minggu lepas (Puan Noor Hafizan )
 1. Banyak kecederaan berlaku pada murid Tahun 1 dan 2. Hal ini disebabkan murid suka berlari-lari dan bertolak-tolak semasa bergerak menuju ke kelas dan ke bilik-bilik khas.

2. Murid adalah dilarang untuk memasuki kelas terutama selepas waktu rehat tanpa mendapat arahan dari guru matapelajaran.

3. Murid diwajibkan menjaga kebersihan kelas terutama sebelum meninggalkan kelas. Murid juga dimestikan menutup suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas.

4. Beberapa murid Tahun 3 juga didapati bermain-main di hadapan sekolah walaupun jam telah menunjukkan 1.10 petang.

Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
  • Tahun Satu
Tempat Pertama  : 1Neptun
Tempat Kedua      : 1Musytari
Tempat Ketiga      : 1Zuhrah
  • Tahun Dua
Tempat Pertama  : 2 Alfa
Tempat Kedua      : 2 Omega
Tempat Ketiga      : 2 Theta
  • Tahun Tiga
Tempat Pertama  : 3 Wira
Tempat Kedua      : 3 Juara
Tempat Ketiga      : 3 Myvi

Ucapan Penolong Kanan Petang, Encik Rosdin Bin Ibrahim

1. Meluahkan rasa marah dan kecewa kerana ramai murid yang tidak menghadiri sekolah ganti pada Sabtu, 8 September 2012. Seharusnya murid-murid menghadirkan diri kerana ia adalah wajib.

2. Menasihatkan murid untuk melakukan ujikaji dan menyiapkan segala kerja rumah sepanjang cuti rehat 3 hari sempena peperiksaan UPSR.

Perhimpunan ditamatkan pada jam 6.40 petang

No comments:

Post a Comment