Friday, September 14, 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 14 September 2012 telah diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah. Program ini bertujuan untuk menyemai semangat cinta akan negara, semangat 1 Malaysia, memupuk semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara. program bermula seawal 7.20 pagi dan berakhir jam 11.50 pagi. Perutusan Perdana Menteri telah dibaca oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad (PK Kurikulum) dan seterusnya telah merasmikan majlis ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang majlis ini, antaranya adalah pertunjukan pakaian beragam oleh murid PPKI, pertandingan koir murid tahun 4, pertandingan melukis poster murid tahun 5 dan pertandingan sajak murid tahun 6. Berikut adalah gambar sepanjang majlis berlangsung.

pengacara majlis

bacaan doa oleh ustaz Mahadir











No comments:

Post a Comment