Monday, July 6, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-23 (Sesi Petang)

Guru-guru bertugas:
  1. Pn. Salmi bt Amir
  2. Pn. Suhaizan bt Sukiman
  3. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
  4. Cik Zalina bt Ismail
  5. En. Saifullah bin Mat Saufi
  6. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
Laporan / Ulasan

Nyanyian (Dipimpin oleh Pn Salmi bt Amir)
  • Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah
Pn. Salmi  memimpin nyanyian
Nyanyian murid-murid
Bacaan Doa
  • Arif Arfan b Abd Razak (3 Surgeri)
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya
  • En. Saifullah 
Bacaan Ikrar
Bacaan Ikrar Murid
  • Ketua pengawas sesi petang, Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz (3 Radiologi)
Ikrar murid
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Pn Azura Farina bt Abdullah
  1. Beliau mendapati ada sebilangan murid yang tidak mengikut serta aktivti sepanjang bulan Ramadan yang telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam.
  2. Beliau mengingatkan murid supaya tidak makan dan minum di khalayak ramai. Murid hanya dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja.
  3. Beliau turut menekankan bahawa murid-murid tidak dibenarkan sama sekali membawa gadget sepeti telefon pintar dan tablet ke sekolah. Jika murid-murid membawanya ke sekolah, peranti tersebut akan dirampas.
  4. Murid-murid dilarang bermain di padang dan kawasan belakang sekolah sewaktu rehat kerana dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Pn Azura Farina
Ucapan Guru Bertugas minggu ini
- En. Saifullah bin Mat Saupi
  1. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini
  2. Tema Minggu ini: Menghormati hak orang lain
    • Murid diingatkan supaya menghormati hak orang lain. Tidak boleh mengambil barang orang lain tanpa kebenaran. Jika kita ingin meminjam sesuatu daripada kawan-kawan pastikan kita memnta kebenaran dahulu. Jangan sesekali mengambil barang atau hak orang lain tanpa izin.
  3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
          • Tahun 1           Johan : 1 Titanium
          •                 Naib Johan : 1 Platinium
          •                        Ketiga : 1 Elektrum  
Kelas Terbersih Tahun 1
          • Tahun 2             Johan : 2 Angklung
          •                  Naib Johan : 2 Tabla
          •                          Ketiga : 2 Gambus
Tahun 2  Angklung
          • Tahun 3          Johan: 3 Surgeri
          •               Naib Johan : 3 Obstetrik
          •                       Ketiga  : 3 Pediatrik
Tahun 3 Surgeri
En Saifullah, Pengacara Majlis
5 Minit Tanpa D.A.R.I.H (Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz)


Lima minit tanpa DARIH
  1. Kesan ubat-ubatan seperti Inhalan akan ada kesan jika tidak digunakan secara betul
  2. Daun Ketum digunakan dalam perubatan tradisional, tetapi jika tidak digunakan dengan cara yang betul akan mengakibatkan ketagihan dan memabukkan. 
  3. oleh itu semua ubat-ubatan perlulah digunakan mengikut aturan yang betul dan dalam pengawasan doktor supaya tidak memberikan kesan yang tidak baik kepada pengguna.
Ucapan PK Petang (Pn Rosmah bt Jamat)


Ucapan PK Petang
  1. PK Petang menasihati murid supaya terus hadir ke sekolah memandangkan kehadiran murid pada bulan Ramadan sedikit menurun.
  2. Murid perlu meningkatkan disiplin diri terutama ketika beratur di Dewan Perdana. Murid perlu bergerak mengikut barisan yang teratur dan tidak berebut-rebut yang akan mengakibatkan kemalangan.
  3. Pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadan, hanya murid-murid yang tidak menjalankan ibadah puasa sahaja yang dibenarkan ke kantin. Murid-murid lain harus duduk di Dewan Perdana untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancang.

Perhimpunan tamat pada pukul 1:55 petang.

No comments:

Post a Comment