Thursday, July 2, 2015

Program Guru Penyayang - Mentor Mentee

Pelaksanaan program Mentor Mentee untuk kali ketiga bagi tahun 2015 telah dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 30 Jun 2015 (Selasa)
Masa       : 12.20 - 12.50 tengah hari
Tempat : Kelas masing-masing

Tajuk Aktiviti : Masih Ada Yang Sayang

Aktiviti untuk kali ini lebih menfokuskan kepada kepentingan nilai kasih sayang. Setiap kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diketuai oleh seorang mentor.

Objektif aktiviti ini :

1. Mentee dapat membina kekuatan dalaman yang ada dalam diri bagi menghaadapi cabaran.
2. Mentee memahami kepentingan menghargai hidup dan orang yang disayangi.
3. Mentee dapat membuat penilaian yang lebih bijak atau rasional terhadap keputusan atau tindakan yang akan diambil.

Gambar sekitar aktiviti Program Mentor Mentee berlangsung...

Cikgu Hafiz memberi penerangan kepada murid.

Murid-murid tekun mendengar penerangan guru.

Murid-murid berada dalam kumpulan bersama-sama mentor.

Murid mencatat nama orang yang disayangi.

Cikgu Astina selaku mentor memantau aktiviti mentee.

No comments:

Post a Comment