Monday, July 27, 2015

Program Motivasi Tahun 6 (Fasa 2)

Tarikh   :  27 Julai 2015 (Jumaat)

Masa     :  10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP


Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dari pelbagai sudut. Program ini juga bagi membuka minda dan membina kesedaran murid tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab dan sayang kepada ibu bapa, sekolah, masyarakat dan negara untuk mencapai kecemerlangan bersama. 

Objektif Program :

1. Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 6 dalam meningkatkan prestasi akademik.
2. Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR
3. Sentiasa berfikiran positif dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi peperiksaan.
4. Dapat merancang masa depan dengan baik supaya tidak terperangkap dengan  fenomena belajar pada saat-saat akhir.

Program ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Peningkatan Tahun 6. Ahli jawatankuasa pelaksana adalah terdiri daripada guru-guru bimbingan kaunseling dan guru-guru Tahun 6. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Encik Abdul Hamid Bin Mohd. Tamezer dengan baik dan penuh bersemangat sekali. Diharap dengan adanya program sebegini murid-murid dapat meningkatkan prestasi dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2015.

Berikut paparan sepanjang program berlangsung :









 Disediakan oleh :
Pn. Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin

No comments:

Post a Comment