Monday, July 6, 2015

Majlis Pelancaran Bi'ah Arabiyyah

Sempena mengambil keberkatan Bulan Ramadhan Kareem ini, Panitia Bahasa Arab SK Taman Putra Perdana menganjurkan Majlis Pelancaran Bi'ah Arabiyyah pada 6 Julai 2015 bersamaan 19 Ramadhan 1436H, yang buat julung-julung kalinya dilaksanakan di sekolah ini. Program Bi'ah Arabiyyah  ini bermaksud The Arabic Environment. Salah satu halangan yang dihadapi dalam memaksimumkan penggunaan Bahasa Arab dalam hubungan komunikasi adalah kurangnya perbendaharaan kata yang dilihat / dibaca / didengar. Justeru, Panitia Bahasa Arab SKTPP berusaha mewujudkan Bi'ah Arabiyyah (suasana / persekitaran berbahasa Arab) di sekitar SKTPP dengan meletakkan nama-nama tempat / arah tempat agar dapat dipelajari oleh semua warga SKTPP khasnya.

OBJEKTIF PROGRAM:

  • Mewujudkan Bi'ah Arabiyyah di SKTPP sebagai medium pembelajaran tidak langsung.
  • Berusaha menyebarluaskan perbendaharaan kata Bahasa Arab yang dapat dilihat / dibaca oleh warga SKTPP khasnya.
  • Memupuk semangat cintakan ilmu dan mempelajari Bahasa Arab sebagai bahasa kedua di dunia.
Antara gambar-gambar sepanjang Majlis Pelancaran Bi'ah Arabiyyah:

Ustaz Zunaidi selaku Pengacara Majlis  
Pn.Hajjah Rohaidah menyampaikan ucapan perasmian. 
Syukran Jazilan diucapkan kepada Guru Besar atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran Program Bi'ah Arabiyyah.
Papan tanda ' Dewan Perdana' - قاعة فردانا
Majlis pelancaran diserikan dengan persembahan lagu Arab yang terkenal 'Kun Anta'.
Sesi bergambar.
Semoga program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua warga SKTPP.


Disediakan oleh;
Faridatul-Akmal bt. Ismail

No comments:

Post a Comment