Monday, October 10, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-37 (Sesi Petang)

Hari : Isnin
Tarikh: 10 Oktober 2016
Masa : 1.20 - 2.20 Petang
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

GURU-GURU YANG BERTUGAS


1. Puan Zabedah
2. Puan Shurhama
3. Puan Maizara
4. Puan Tuan Nor Ain
5. Puan Rabihah
6. En. Izwan


LAPORAN / ULASAN


1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2. Bacaan doa dipimpin oleh Syahmi Wafiq, 3 Tabla.

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik Izwan selaku pengacara majlis pada perhimpunan hari ini.

4. Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Alif Qawim, 3 Kompang.


LAPORAN / ULASAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS


1. Disampaikan oleh Puan Nor Azlin.

2. Murid-murid diingatkan agar tidak membuang sampah merata-rata.

3. Murid-murid juga dinasihatkan agar tidak bergurau secara berlebih-lebihan seperti menyembunyikan kasut kawan yang sedang menunaikan solat di surau sekolah.


MEMPERKENALKAN GURU BERTUGAS MINGGUAN


1. Seramai 6 orang guru yang terlibat.

2. Guru-guru tersebut akan sedia membantu sekiranya diperlukan sepanjang minggu.


PERKATAAN LAWAD


1. Bahasa Melayu - melumur

2. Bahasa Inggeris - workshop

3. Bahasa Arab - معلم

UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PETANG


     Puan Jumilah telah memaklumkan kepada murid-murid tentang 4 perkara.

1. Rambut Panjang : Murid-murid diingatkan agar memotong rambut dalam keadaan kemas dan pendek.

2. Stoking : Murid-murid diingatkan agar memakai stoking ke sekolah. Dan stoking yang dibenarkan hanyalah stoking berwarna putih sahaja. Tidak dibenarkan memakai stoking berwarna-warni atau berbunga-bunga.

3. Pas Keluar Masuk : Murid-murid diingatkan untuk sentiasa memakai pas keluar jika ada urusan di luar kelas. Jika didapati murid tidak memakai pas keluar, murid itu akan disuruh kembali ke kelas semula.

4. Berlari : Murid-murid diingatkan agar tidak berlari terutama ketika waktu rehat dan balik. Hal ini kerana boleh mengundang kemalangan yang tidak disangka.



Perhimpunan berakhir pada jam 2.20 petang. Ucapan terima kasih kepada semua guru dan murid atas kerjasama sepanjang perhimpunan berlangsung.

Laporan disediakan oleh : Puan Rabihah Amirudin

No comments:

Post a Comment