Monday, October 24, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-38 (Sesi Pagi)

Tarikh : 24 Oktober 2016
 
Guru Bertugas:
  • Zurilazman bin Abdullah
  • Astina bt Mahad Nor
  • Norsiah bt Mohd Noor
  • Roseniza bt Setapa
  • Roslina bt Jafar
  • Juli bt Mahbah
  • Nurulhuda bt Hasbullah
  • Umi Nazrah bt Saharoni
Laporan Perhimpunan

1. Pengacara Majlis: Khairunnisa Balqis bt Hamidi (6 Lambda)
2. Nyanyian 3 buah lagu: Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
    - di bawah pimpinan Puan Astina bt Mahad Nor
3. Bacaan doa - di bawah pimpinan Muhammad Aminurasyid bin Sa'ari (6 Sigma)
4. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya - di bawah pimpinan Puan Roslina bt Jafar
5. Bacaan Ikrar Murid - di bawah pimpinan Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta)

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Disampaikan oleh En Hafiz bin Md Noor
  • Murid-murid diingatkan supaya tidak membeli makanan ringan yang banyak dijual di luar kawasan sekolah. Ini disebabkan makanan ringan adalah tidak elok untuk kesihatan.
  • Murid-murid juga dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan di kawasan sekolah terutamanya di Dewan Perdana. 
  • Murid-murid perlu memakai pakaian rasmi pada setiap hari Isnin. Pakaian sukan boleh dipakai pada hari-hari tertentu sahaja.
Ucapan Guru Bertugas - Puan Roslina bt Jafar
  • Memperkenalkan guru bertugas mingguan seramai 8 orang. Guru-guru tersebut akan sedia membantu sekiranya diperlukan 
  • Tema Perhimpunan minggu ini iaitu "Sepakat Membawa Berkat"
  • Maksud "Sepakat Membawa Berkat" ialah sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara bekerjasama akan membawa hasil yang baik. Merujuk kamus dewan, 'sepakat' bermaksud saling bekerjasama manakala 'membawa berkat' pula bermaksud mendatangkan kebaikan atau faedah.
  • Amalan bantu membantu dan bekerjasama akan membawa banyak kebaikan. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan sikap ini, nescaya hidup kita sentiasa dalam keadaan aman dan damai. 
  • Amalan ini perlu diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Kita perlu bekerjasama dan saling bantu membantu tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. 
  • Dengan terbinanya amalan bekerjasama maka akan wujudlah perpaduan dan kesejahteraan hidup.
LAWAD (Learn A Word A Day)

Bahasa Malaysia: Malang Tidak Berbau - musibah yang datang secara tiba-tiba
Bahasa Inggeris: Boundary - garis sempadan
Bahasa Arab: Alhiwayah - hobi

Majlis Khas

*Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Sambutan Bulan Bahasa 2016
  • Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Roslinda bt Mansur
  • Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam pelbagai aktiviti untuk murid-murid PPKI, prasekolah, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
  • Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Pn Norhamizah bt Hamzah, PK PPKI 
*Majlis Penyampaian Sijil Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Selangor dan Penyampaian Sijil Penyertaan Kriket KATMO 2016
  • Majlis telah dipengerusikan oleh En Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
  • Seramai 8 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan Tahun 5 menerima sijil tersebut
  • Sijil penyertaaan dan sijil pencapaian telah disampaikan oleh En Shahrizal bin Ya'am, PK Kokurikulum 
*Majlis Penyampaian Sijil Kejohanan Bola Jaring Mini Tunas Olimpik (KATMO) Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang (MSSD) 2016
  • Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Zailezah bt Sardi
  • Sijil penyertaan kepada 8 orang peserta telah disampaikan oleh En Shahrizal bin Ya'am, PK Kokurikulum 
*Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Muazzin Cilik dan Karaoke Bahasa Arab
  • Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Norziani bt Zubir
  • Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Pn Azizah bt Mokhlas, PK Pentadbiran
Ucapan oleh Pn Rosmah bt Jamat, PK Hal Ehwal Murid

1) Murid-murid dinasihatkan supaya bersarapan sebelum ke sekolah supaya tidak berlaku kejadian pitam atau sakit perut di sekolah.
2) Alhamdulillah guru-guru di sekolah ini sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat terhadap masalah murid-murid contohnya demam, sakit perut, cedera dan sebagainya.
3) Murid-murid juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada apabila bergurau atau bercakap dengan rakan.

Di antara gambar-gambar menarik yang sempat diambil ketika majlis berlangsung:

Barisan Guru Bertugas Mingguan
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh En Hafiz bin Md Noor

Ucapan Guru Bertugas Minggu ini oleh Pn Roslina bt Jafar
Antara Pemenang Program Panitia Bahasa Arab
Pengerusi Majlis Penyampaian Hadiah Mahrajan Cilik dan Karaoke
PK Kokurikulum bersama Jurulatih dan Peserta Kejohanan Bola Jaring KATMO MSSD 2016 BENCI DARVIH
Ucapan PK Hal Ehwal Murid, Pn Rosmah bt Jamat
 Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan murid atas kerjasama sepanjang majlis berlangsung.

No comments:

Post a Comment