Wednesday, October 26, 2016

Majlis Sambutan Awal Muharam 1438H

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menganjurkan majlis sambutan sempena Awal Muharam pada 26 dan 27 Oktober 2016. Awal Muharam merupakan upacara penting  yang  mana ia merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam secara umumnya. Ia juga memberi pendedahan kepada semua murid agar lebih memahami makna perjalanan penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah dalam melaksanakan usaha dakwah Baginda suatu ketika dulu.

Pelbagai aktiviti disusun bagi memastikan murid diberi pendedahan kepentingan peristiwa tersebut. Ia adalah bertujuan untuk memperlihatkan kemampuan murid dalam  mengaplikasikan  aktiviti yang dirancang dengan kehidupan seharian mereka pada masa sekarang dan juga akan datang. Antara aktivit yang dilaksanakan ialah:

      • Pertandingan melukis poster 
      • Pertandingan mewarna 
      • Kuiz  
      • Sesi ceramah 
      • Perarakan Awal Muharam (Tahap 2 sahaja)

Berikut adalah rangkuman gambar sekitar majlis dijalankan.

Majlis Perasmian
Dari kiri atas : Puan Nurul Huda, Puan Azizah, Puan Umi Nadzrah, Encik Ahmad Zunaidi

Pertandingan Melukis Poster

Antara pemenang acara  yang dipertandingkan

Taklimat perarakan oleh Encik Tarmiji 

Kegirangan anak-anak dalam perarakan

Antara guru-guru yang turut serta dalam perarakan.

Semoga dengan adanya sambutan seperti ini dapat megeratkan silaturahim antara murid dan guru sekaligus bukan sekadar mengenang malahan memahami perjalanan dakwah Rasulullah SAW suatu ketika dulu.

No comments:

Post a Comment