Monday, November 21, 2016

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-43 (Sesi Pagi)

Perhimpunan Minggu Ke-43 merupakan sesi perhimpunan terakhir bagi semua murid sesi pagi tahun 2016. Butirannya seperti berikut:

Tarikh : 21 November 2016 (Isnin)
Giliran Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan A
Senarai Guru Kumpulan A:
   - Puan Siti Masra
   - Encik Tarmiji
   - Puan Norziani
   - Puan Azlina
   - Puan Musaliha
   - Puan Nor Azian

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah, bacaan doa, ikrar Rukun Negara, ikrar Keselamatan Jalan Raya dan laporan guru bertugas pada minggu sebelumnya.

Bersesuian dengan minggu terakhir sesi persekolahan, tema ucapan pada minggu ini ialah aktiviti semasa cuti sekolah. Guru bertugas (Puan Siti Masra) menasihatkan murid- murid supaya dapat mengisi waktu cuti persekolahan dengan perkara yang berfaedah seperti membantu ibubapa di rumah, menanam pokok, mengikuti Kem Jati Diri, perkhemahan, aktiviti mempertahankan diri seperti silat dan Taekwondo, kelas mengaji Al Quran dan tarannum serta pelbagai aktiviti lain lagi.

Sesi perhimpunan pagi dipenuhi dengan acara penyampaian hadiah dan sijil bagi beberapa aktiviti iaitu:
1. Pertandingan bola sepak, bola jaring dan sepak takraw antara kelas-kelas Tahun 6 sebagai memenuhi aktiviti selepas UPSR.
2. Pertandingan Tae Kwon Do peringkat Antarabangsa di Thailand, yang diwakili oleh dua orang murid SKTPP.
3. Kursus TKRS peringkat Kebangsaan di Melaka yang diwakili oleh Ustaz Ahmad Zunaidi dan seorang murid iaitu Hanis Syafiqah Tahun 5.
4. Penyampaian Al Quran / kamus sumbangan seorang bapa kepada bekas murid SKTPP untuk murid-murid cemerlang UPSR 2016.

Sesi perhimpunan diakhiri dengan ucapan Puan Rohaidah selaku Guru Besar SKTPP dengan mengucapkan salam perpisahan kepada murid-murid tahun 6 sesi 2016 serta memberi nasihat kepada semua murid agar memanfaatkan waktu cuti persekolahan dengan perkara berfaedah dan sentiasa menjaga keselamatan dan tingkah laku.

Barisan Guru Bertugas Minggu Ke-43

Penyampaian Hadiah Bagi Pasukan Bola Jaring

Tahniah murid TKRS menerima sijil kursus TKRS peringkat Kebangsaan di Melaka.

Tahniah peserta yang mewakili pertandingan Tae Kwon Do di Thailand.

Tahniah murid cemerlang UPSR menerima senaskah Al Quran.

Tahniah murid bukan Islam cemerlang UPSR menerima kamus.

Puan Rohaidah menyampaikan ucapan sempena minggu terakhir sesi persekolahan.

Renungkanlah,
Setiap detik 2016 penuh makna,
Setiap waktu dipenuhi suka duka kehidupan,
Kini waktu memisahkan kita,
Segala tawa ria bersama SKTPP,
Tetap utuh di hati
Mekar mewangi di sanubari.

Salam perpisahan, dan selamat bercuti semua.

Disediakan oleh,
Norziani Zubir.

No comments:

Post a Comment