Wednesday, November 9, 2016

Syabas dan Tahniah Nabil!

Tahniah buat Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin atas penganugerahan Juara Keseluruhan MSSM 2016 oleh pihak MSSS semasa Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan Majlis Sukan Sekolah Selangor di SJKC Yuk Chai, Petaling Utama pada 3 November 2016 yang lalu. Syabas Nabil! Kami warga SKTPP amat berbangga dengan pencapaian Nabil. Semoga Nabil akan terus sukses dalam bidang sukan khususnya olahraga dan bola sepak hingga ke tahap tertinggi.
   Sesungguhnya nama Nabil akan dikenang oleh warga sekolah sebagai sebutir bintang yang bergemerlapan sampai bila-bila. Diharapkan apabila Nabil sudah berjaya pada masa depan, jangan lupakan kami - teman dan guru ketika Nabil bersekolah rendah. Jasa-jasa Nabil mengharumkan nama sekolah tidak akan kami lupakan. Kami doakan Nabil dan keluarga sentiasa dirahmati Allah walau di mana jua berada..





Meraikan kejayaan Nabil dalam Kejohanan Olahraga MSSM - emas 4 x 100m & 4 x 200m

Nabil merupakan salah seorang daripada pemain pasukan bola sepak MSSS



Kejayaan Nabil semasa Majlis Apresiasi PPD Sepang

No comments:

Post a Comment