Wednesday, November 2, 2016

Program Selepas UPSR Tahun 2016

Program selepas UPSR dijalankan khusus untuk murid Tahun 6 supaya  murid-murid Tahun 6 dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti berfaedah yang diaturkan oleh pihak sekolah.

Terdapat   beberapa   program   yang   diaturkan   seperti   Program   Pengurusan   Diri
Remaja, Program Persediaan ke Sekolah Menengah, dan Program Sukan & Permainan  seperti Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Bola Sepak, Ujian SEGAK serta  program  khusus membabitkan subjek bukan teras seperti Latihan Persembahan Kebudayaan, Permainan Dalaman, Pertandingan 'Treasure hunt’, Pertandingan Melukis Poster Antidadah, Pertandingan Mencanting Batik dan sebagainya.

MATLAMAT
Memenuhi masa murid-murid Tahun 6 selepas UPSR dengan aktiviti yang berfaedah dan
berinformasi. Selain daripada itu, program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam
kalangan murid-murid sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.

OBJEKTIF
I) Melibatkan murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan.
II) Meningkatkan hubungan silaturahim antara murid-murid Tahun 6 dan guru


Aktiviti mencanting batik telah dijalankan pada 2 November 2016 (Rabu) merupakan salah satu program yang diadakan di SKTPP. Aktiviti ini dapat memperlihatkan dan mencungkil bakat sedia ada murid di samping memberi ilmu pengetahuan baru kepada murid mengenai mencanting batik.

Antara paparan aktiviti yang sempat dirakam sewaktu aktiviti mencanting batik diadakan untuk murid-murid tahun 6 SKTPP.





Disediakan oleh:
Norbaizura binti Nordin

No comments:

Post a Comment