Friday, January 6, 2017

Program Minggu Transisi Tahun 1 2017

'Selamat Datang Ke SKTPP'


Tarikh :  3 - 6 Januari 2017
Tempat : SK Taman Putra Perdana

Program Transisi bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan diri di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu Sekolah Rendah. Program ini dilaksanakan pada awal minggu persekolah dengan harapan murid-murid yang datang dari pelbagai latar sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan dapat meyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.  
Program Transisi Tahun 1 yang melibatkan murid baharu Tahun 1 serta guru-guru ini bertujuan:
  • Memperkembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri dalam persekitaran pembelajaran formal.
  • Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun Satu.
  • Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
  • Menangani perbezaan murid yang berlainan latar belakang dan pengalaman serta dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
  • Membantu murid menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.
  • Menyepadukan pendekatan prasekolah dengan pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.

Program selama 4 hari ini telah disertai oleh seramai 367 orang murid dari sekitar Taman Putra Perdana.  Sebanyak 9 buah kelas telah disediakan bagi memenuhi keperluan murid-murid tersebut.   Nama kelas bagi Kohort Tahun 2017 ini telah diambil sempena nama-nama cendiakawan Islam yang terkenal di seluruh dunia. Berikut adalah nama kelas Kohort Tahun 1 2017:

  • Ibn Thufail
  • Ibn Sina
  • Ibn Qayyim
  • Ibn Khaldun
  • Ibn Battuta
  • Ibn Bajjah
  • Al Khawarizmi
  • Al Farabi
  • Al Biruni
Antara coretan warna-warni Minggu Transisi Tahun 1 yangsempat dirakamkan:

Puan Hajjah Rohaidah binti Mohamad Ali, Guru Besar SKTPP sedang mengalu-alukan kedatangan murid Tahun 1 2017.

Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah, Guru Disiplin Sesi Petang SKTPP, sedang membuat taklimat ringkas berkenaan Peraturan-Peraturan Sekolah.

Puan Noor Hayati, Guru PPKI juga turut membentu melancarkan urusan Minggu Transisi.

Wajah-wajah murid Tahun 1 2017 yang penuh semangat.

Ibubapa juga turut mendengar ucapan aluan Puan Hajjah Rohaidah & Taklimat Disiplin.


Murid-murid sedang mengikuti senaman ringkas sebelum masuk ke kelas masing-masing.

Murid-murid Tahun 1 masih menumpukan perhatian walaupun sedang duduk, syabas!

'Selamat Datang sekali lagi, semoga kedatangan kalian ke SKTPP akan meningkatkan lagi prestasi dan kejayaan SKTPP pada masa akan datang'.


No comments:

Post a Comment