Thursday, January 5, 2017

Program Maju Diri (PMD)

Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap  awal tahun yang dikhususkan pada semua murid Tahap 2 di sekolah-sekolah Negeri Selangor.

Antara objektif program ini adalah untuk :-

*Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama.
*Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar
*Membentuk matlamat hadir ke sekolah
*Menimbulkan kejelekitan sesama rakan sekelas

Program ini telah berlangsung selama 2 hari (4 & 5 Januari 2017) iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi pada hari pertama dan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.50 tengah hari pada hari kedua. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Senamrobik, LDK 1 (Suai Kenal Rakan Sekelas), Ceramah (Pembentukan Matlamat), LDK 2 (Strawku..strawmu..) dan LDK 3 (Bolos).

 Buku program yang yang dihasilkan oleh Cikgu Rusydan 

 Bersedia untuk aktiviti Senamrobik

 Kita mulakan dengan stretching ye...Ikut Cikgu Yati

 Goyang sikit-sikit dulu...Ikut jer model kat depan ni...
Cikgu Hafiz, Cikgu Yati & Cikgu Afiqah 

 Pandai-pandai la....nak terbang pun boleh

Tengah seronok goyang-goyang, dah nak habis la pulak...
Seronok sangat la...anak2 murid kalau hari-hari dapat senamrobik macam ni..

Aktiviti LDK 1 (Suai Kenal Rakan Sekelas) - Tahun 4

 Macam-macam gaya cikgu-cikgu cuba wujudkan kemesraan

 Aktiviti Suai Mesra murid-murid Tahun 5

 Kenali lebih rapat rakan-rakan sekelas dalam kumpulan kecil

 Baru tahu serba sikit latar belakang kawan-kawan...
Maklum la selama ni...ada yang bukan sekelas

Ni pulak..sesi suai kenal murid-murid Tahun 6

 Gaya ceramah motivasi pun ada...Banyak betul pesanan-pedanan cikgu-cikgu Tahun 6 ni..

HARI KEDUA PROGRAM (5/1/2017)

 Sesi Ceramah untuk murid-murid Tahun 4 & 5 di Dewan Perdana

 Murid-murid dan guru-guru dah bersedia nak dengar ceramah En. Shamri

 Betul2 menghayati ni.... catat pun kena juga, senang nak refer nanti

 Yang ni, LDK 2 untuk murid-murid Tahun 6
Strawku...strawmu. Kalau kalah kena buat "Chi ki Cha"

Haa...boleh bolos ke??? aktiviti utk LDK 3, Tahun 6

 Antara aktiviti dalam Ceramah Tahun 6. Jom rangsang otak kiri dan kanan

 Nak menang aktiviti ni...kena fokus. Akhirnya pelajar paling fokus dimenangi oleh Athirah

Sesi LDK 3(Bolos) untuk murid-murid Tahun 4 & 5

Akhirnya dari sehelai kertas A4 dapat juga murid-murid tahun 4 & 5 ni
 hasilkan lubang yang besar untuk boloskan semua ahli kumpulan...Tahniah!!!

No comments:

Post a Comment