Monday, January 9, 2017

Sambutan Meraikan Kontingen Pandu Puteri Malaysia

Majlis Sambutan Meraikan Pn. Parimala dan 2 anak murid; Amirah Syazana & Hurin Batrisyia yang telah kembali dari menghadiri Jambori International Scouts & Guides di India telah diadakan secara sederhana semasa perhimpunan rasmi hari ini. Mereka telah diarak oleh pasukan kompang sekolah dengan disaksikan oleh semua murid dan guru.
   Guru Besar telah menyampaikan cenderahati berbentuk jambangan bunga cokelat serta sijil yang diperolehi di Jambori tersebut. Tahniah buat kalian bertiga atas pencapaian tertinggi tersebut yang telah mengharumkan nama sekolah di persada antarabangsa. Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada rakan-rakan yang lain agar berusaha gigih dalam apa jua bidang yang diceburi. Diharap akan lahir lebih ramai lagi wira dan wirawati dalam unit beruniform pada masa depan. Semoga ia nenjadi pembukaan yang baik buat warga sekolah. Syabas!











No comments:

Post a Comment