Monday, January 9, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-2 (Sesi Petang)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 9 Januari 2017
Masa    : 1:20 - 1:50 petang

Guru bertugas:
  1. En. Saifullah bin Mat Saupi
  2. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  3. Pn. Salmi bt Amir
  4. Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim
  5. Cik Zalina bt Ismail
  6. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
  7. Pn. Nora Azean binti Othman

Laporan / Ulasan
1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
a. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi

 b. Bacaan doa oleh pengawas


 c. Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Salmi



2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Yani)
  • Disiplin sepanjang minggu lepas terkawal kecuali waktu rehat dan selepas rehat keadaan sangat bising. Murid-murid hendaklah terus beratur sejurus mendengar loceng berbunyi dan berjalan dengan tertib ketika menuju ke kelas.
  • Semua murid dikehendaki menggunakan Pagar B ketika datang dan pulang daripada sekolah. Pagar A hanya digunakan untuk murid yang berjalan kaki dan menaiki basikal.
  • Murid-murid diingatkan melalui koridor ketika balik dan tidak melintas ke dataran perhimpunan.
  • Murid-murid dinasihatkan tidak bersukaria dan bermain-main dengan kawan-kawan di tandas.

3. Tema minggu ini (Peraturan Sekolah)
  • Murid-murid dingatkan akan peraturan sekolah yang murid-murid perlu ikut.
  • Antaranya mesti berpakaian kemas dan bersih, rambut sentiasa pendek dan memastikan lencana dan tanda nama ada pada baju murid.
  • Murid-murid turut diingatkan tidak boleh membawa benda yang tajam dan merbahaya seperti pembaris besi, gunting dan pisau.

Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 1:50 petang

No comments:

Post a Comment