Monday, September 25, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-35 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 25 September 2017
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 Petang - 2.10 Petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Pn. Nora Azean bt Othman


Guru Bertugas :
  1. En. Saifullah bin Mat Saupi
  2. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  3. Pn. Salmi bt Amir
  4. Pn. Nornadzirah bt Abd Rahim
  5. Cik Zalina bt Ismail
  6. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
  7. Pn. Nora Azean bt Othman
  8. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku dipimpin oleh Pn. Salmi binti Amir.


2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.


3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Nora Azean.


4. Ikrar Murid dipimpin oleh adik Nurhasya Sofea binti Zuraidi


5. Laporan guru bertugas minggu ke-34 disampaikan oleh Pn Zauiyah binti Ismail.


  • Murid diingatkan supaya berhati-hati melangkah longkang.
  • Beratur penuh cermat dan tidak tolak-menolak antara satu sama lain.
  • Pn. Zauiyah mengingatkan supaya budaya memberi salam harus diteruskan kepada kawan, pekerja sekolah, guru-guru dan juga pelawat.
6. Memperkenalkan barisan guru bertugas.


7. Tema minggu ini :

Usaha Tangga Kejayaan
  • Murid-murid perlu berusaha bagi mencapai kejayaan, Kalau malas berusaha kejayaan tidak menghampiri.
  • Seandainya menghadapi rintangan, dan jatuh, bangkitlah dan usaha lagi.
  • Berdoalah meminta pertolongan daripada Allah, dan janganlah mudah berputus asa. Sekali gagal tidak bererti gagal selama-lamanya
  • Istiqamah berusaha secara berterusan. 
  • Bertawakal dan berserah kepada Allah supaya tenang menghadapi dugaan. Menerima dengan redha. 
8. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu  : Melarik
  • Bahasa Inggeris : Straight
  • Bahasa Arab      : Daftarun
9. Taklimat Peraturan Latihan Pengosongan Bangunan dan Kebakaran disampaikan oleh En. Saifullah bin Mat Saufi.


  • Beliau memaklumkan kepada murid bahawa Unit Keselamatan Sekolah akan mengadakan latihan kecemasan dan kebakaran.
  • Program ini akan dijalankan dengan kerjasama dari Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat, Cyberjaya. 
  • Murid-murid dan guru-guru perlu bersedia dengan langkah-langkah yang betul bagi menghadapi latihan ini.
  • Melalui latihan seperti ini diharap warga SKTPP mendapat info yang betul dan bersiap sedia dengan langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah.
10. Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang Kejohanan Kriket Bawah 11 Tahun.
  • Pasukan Kriket sekolah telah menjadi Johan dan Naib Johan dalam acara Kriket bawah 11 Tahun MSSD Sepang yang telah diadakan di SK Kota Warisan.
  • Pasukan ini telah dilatih oleh En. Ahmad Junaidi dan En. Mohd Izwan.






11. Majlis Pelancaran Ujana Ilmu




Ujana Ilmu Benci DARVIH
  • Pelancaran Ujana Ilmu dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.
  • Maksud Ujana Ilmu merupakan penjenamaan semula kepada nama Pusat Sumber SKTPP bersempena penglibatan SKTPP dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017.
  • Penjenamaan ini sebagai salah satu usaha dalam menarik minat warga SKTPP untuk melibatkan diri secara langsung terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah.
  • Ujana Ilmu membawa maksud taman pengetahuan yang mengangkat pusat sumber sebagai agen utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan.
Perhimpunan rasmi minggu ke-35 tamat pada jam 2:20 petang

No comments:

Post a Comment