Monday, September 25, 2017

Majlis Pelancaran Ujana Ilmu SK Taman Putra Perdana

Tarikh : 25 September  2017
Hari : Isnin
Masa : 8.00  (Sesi pagi) / 1.20 (Sesi petang)
Tempat : Dataran Perdana

Pengenalan 

Guru besar, Puan Hajah Rohaidah Bt. Mohd Ali telah memberikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Ujana Ilmu. Tuan YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Bin Mohamad Suffian juga telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Ujana Ilmu.

Objektif Ujana Ilmu iaitu:

1) Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2) Menggalakan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran 
    di pusat sumber.
3) Meningkatkan profesionalisme guru
4) Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5) Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran. 

Beliau juga menerangkan maksud Ujana Ilmu yang merupakan jenama baharu nama Pusat Sumber SKTPP bersempena penglibatan SKTPP dalam Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017. Penjenamaan ini sebagai satu usaha dalam menarik minat warga SKTPP terutamanya murid-murid untuk melibatkan diri secara langsung terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah. Ujana Ilmu membawa maksud taman pengetahuan yang mengangkat pusat sumber sebagai agen utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan. 

Atur Cara Majlis 

8.00 pagi / 1.20 petang 

1) Ucapan Guru Besar 
2) Ucapan YDP PIBG
3) Perasmian Majlis 
4) Gimik Pelancaran Ujana Ilmu
5) Upacara Memotong Reben

9.00 pagi / 2.20 petang 

6) Bersurai 

Jawatankuasa Induk Ujana Ilmu

Pengerusi : Puan Hajah Rohaidah bt. Mohd Ali
Timbalan Pengerusi : Puan Azizah bt. Mokhlas
Naib Pengerusi 1  : Puan Jumilah bt. Ahmad 
Naib Pengerusi 2  : Puan Rosmah bt. Jamat
Naib Pengerusi 3  : Encik. Shahrizal b. Ya'am 
Naib Pengerusi 4  : Puan. Norhamizah bt. Hamzah
Setiausaha  : Puan. Siti Rabiah bt. Mohamad
Naib Setiausaha  : Puan. Arny Yusnita bt. Md Enarji
Bendahari : Puan Nik Kamisah bt. Mohd Aziz

Jawatankuasa Palancaran Ujana Ilmu


Banner : Rusydan bin Ismail
Jemputan  : Noor Hayati Binti Yusut 
Juruacara  : Nurliza bt Ab. Rahman / Azura Farina bt. Abdullah
Siaraya  : Tarmiji Bin Sabali / Saifullah bin Mat Saupi
Buku Program : Hariz Safwan Bin Yacoob / Ahmad Zubair b. Hj Muhd Taib / Aizil Hasyimi b. Abd Rahman
Gimik Pelancaran  : Muhammad Afiq Bin Azli / Nurul Iman Bin Illyas / Norfauziaton Binti Ali Mohamed / Suriyana Binti Nanyan / Nora Binti Sabihi / Norazmira Binti Kadirun 
Jurugambar : Arjunawati Binti Ahmad Nuze / Nor Amirulfitri Bin Othman
Posting blog : Komagal a/p Kunaisekaran / Visva Vilasini a/p Koppal @Goppal




Terima kasih atas kehadiran YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar yang telah melancarkan program dan Naib YDP; Tn. Hj. Mohd. Rahmat yang sudi memeriahkan majlis

Terima kasih buat anak-anak PPKI yang telah melaksanakan gimik pelancaran

No comments:

Post a Comment