Friday, September 8, 2017

Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat Dan Ceramah Motivasi Tahun 6 Fasa 2 / 2017

      Pada hari Jumaat bersamaan 8 September 2017 telah diadakan majlis bacaan yasin, solat hajat dan ceramah motivasi bagi murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11 - 14 September 2017.

       Program dimulakan dengan ceramah motivasi kepada murid-murid tahun 6 pada waktu pagi yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Fazli bin Abdul Manaf dari SK Sungai Melut (A), Sepang.

      Kemudian, pada waktu petang diadakan pula majlis bacaan Yasin dan solat hajat. Acara dimulakan dengan pendaftaran guru, ibu bapa dan murid. Alhamdulillah kehadiran dan sokongan daripada para guru,  ibu bapa dan murid sangat memberangsangkan.

      Majlis kemudiannya disusuli dengan solat maghrib berjemaah yang diadakan di dewan perdana SK Taman Putra Perdana diikuti dengan bacaan yasin yang dipimpin oleh Ustaz Zurilazman b. Abdullah. Majlis turut memberi laluan kepada ucapan ringkas dan amanat kepada para pelajar tahun 6, ibu bapa serta guru-guru yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Shahrum b Dato' Mohd Sharif (ADUN Dengkil). Beliau juga turut memberi sumbangan alat tulis kepada murid tahun 6 serta sumbangan sebanyak RM 2 ribu kepada PIBG sekolah.

      Majlis diteruskan dengan solat isyak dan solat hajat berjemaah diikuti dengan ucapan daripada YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar b. Mohamad Suffian serta Guru Besar; Pn Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali yang telah memberi kata-kata semangat dan nasihat pada murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Turut diadakan juga sesi penyampaian sumbangan alat tulis oleh YB Shahrum ADUN Dengkil kepada wakil-wakil murid melalui YDP dan Guru Besar.

    Seterusnya diadakan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam iaitu Pn Nur Aisyah Micheal Binti Abdullah.

    Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis bacaan yasin, solat hajat dan ceramah motivasi yang telah diadakan

Program motivasi oleh penceramah :  Encik Mohd Fazli bin Abdul Manaf
Slot ceramah

Pendaftaran Ibu bapa, Guru dan murid   

Ucapan YB Tuan Shahrum b Dato' Mohd Sharif
                                         
Majlis bacaan yasin dan solat hajat


 Ucapan YDP PIBG : Tn. Hj. Khairul azhar b. Mohamad Suffian

Ucapan Guru Besar : Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali

Penyampaian alat tulis YB Shahrum kepada wakil-wakil murid
Slot Ceramah yang disampaikan oleh Pn Nur Aisyah Michael Binti Abdullah

Syukran jazilan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang kita lakukan akan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga anak-anak ini beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Disediakan oleh,

Safinatunajakh bt Mat Som

No comments:

Post a Comment