Friday, November 8, 2019

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Pagi dan Sesi Petang (Bulan November dan Disember) 2019

Alhamdulillah Sambutan Hari Kelahiran murid bagi bulan November dan Disember diadakan pada 8 November 2019 bagi kedua-dua sesi persekolahan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak ibubapa yang menyumbangkan kek sempena sambutan hari jadi. 
Setiap murid menerima hadiah sumbangan daripada pihak sekolah dan PIBG bagi meraikan ulang tahun hari kelahiran mereka agar murid berasa disayangi dan dihargai.
Perkongsian kek dan makanan lain dengan rakan-rakan mewujudkan rasa saling sayang-menyayangi dan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid.
Terima kasih kepada AJK, para pentadbir dan ibu bapa serta guru-guru yang memberi kerjasama untuk menjayakan sambutan buat kali ini.

Sambutan Hari Lahir Sesi Pagi















Sambutan Hari Lahir Sesi Petang








No comments:

Post a Comment