Wednesday, November 13, 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan (MA3K) 2019  telah berlangsung dengan jayanya pada Rabu, 13 November 2019 yang lalu. Majlis ini adalah anjuran bersama Unit Kokurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid SK Taman Putra Perdana.

Encik Zuhaimi bin Md. Nasir; Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang (Unit Hal Ehwal Murid) turut sama memeriahkan majlis selaku wakil kepada perasmi Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang iaitu Tuan Haji Arbaini bin Pinni.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan 2019 merupakan majlis kemuncak bagi unit kokurikulum dan HEM sebagai menghargai kemenjadian murid dalam bidang sukan, kelab dan permainan serta kepimpinan. Ia sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan murid yang mampu menyeimbangkan diri dari segala aspek termasuk jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 

Manakala Unit Hal Ehwal murid memberi penghargaan atas khidmat bakti para Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber  dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang bertindak sebagai tonggak kelancaran aktiviti sekolah sepanjang tahun ini. Majlis ini turut mengiktiraf jurulatih-jurulatih luar dan guru-guru yang terlibat secara langsung dalam memupuk kemenjadian murid dalam bidang sukan dan persatuan.

Tahun 2019 merupakan tahun yang cemerlang bagi unit Kokurikulum dengan pelbagai pencapaian yang amat membanggakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahu pun antarabangsa.  Percikan kecemerlangan ini turut dirasai apabila seramai 11 orang guru telah dianugerahkan Guru Inspirasi Kokurikulum Daerah Sepang pada satu majlis yang diadakan pada pertengahan Oktober yang lalu.

Majlis ini bertujuan mendorong dan membakar semangat semua warga sekolah untuk terus berdaya saing pada tahun-tahun yang mendatang.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan memukau dari murid-murid Tahap 1 iaitu persembahan silat di bawah bimbingan Puan Yani Mohamad Sharif, Puan Roslelawati Ibrahim dan Encik Aizil Hasyimi Abdul Rahman. Di bawah kelolaan Puan Nurazlin Mat Noor, Puan Maizarah Mahat dan Puan Rohani Mansor pula adalah senaman zumba yang merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik manakala persembahan berikutnya merupakan tarian tradisional yang berasal dari Bali, Indonesia di bawah bimbingan Encik Hadri Ag. Idris, Puan Arzah Hussin dan Puan Azizah Abdul Hamid. Tarian Ulek Mayang, hasil bimbingan Puan Nik Rosmaliza Nik Hussain, Puan Nor Maziah Abdul Malik dan Puan Nor Latipah Yusoff menutup tirai persembahan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan 2019.

Dua anugerah  telah diperkenalkan buat aliran Perdana dan satu anugerah diberikan bagi menghargai murid Pendidikan Khas. Berikut merupakan senarai penerima Anugerah Khas Kokurikulum.


Anugerah
Penerima
Kejayaan
Tokoh Kokurikulum (Perdana)


Nur Alya Syuhanis binti Shahrizal
  • Penerima Bengkel Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Peringkat Kebangsaan 2018
  • Johan pertandingan Persembahan Disney, Cabaran Pandu Puteri Kebangsaan 2018
  • Naib Johan Pertandingan Choral Speaking Pandu Puteri Tunas Sempena Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2018
  • Menyertai Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Negeri Selangor  di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Kepong, Selangor 2018
  • Penerima Buku Log Terbaik dalam Princess Star Pandu Puteri Tunas Daerah Hulu Langat 2018
  • Cabaran Pandu Puteri Tunas Perkhemahan Cuti Pasukan PPT Daerah Sepang 2018
  • Mengikuti Program Khidmat Masyarakat “BEACH CLEAN-UP” di Pantai Bagan Lalang,Sepang
  • Tempat ke-3 dalam pertandingan World Thinking Day Games Pandu Puteri Tunas sempena Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia 2019 peringkat daerah Sepang
  •  Penerima pingat Perak di Anugerah Gemilang Kokurikulum Unit Beruniform Sekolah Rendah 2018
  • Sempena majlis Apreasiasi Kecemerlangan Kokurikulum peringkat Daerah Sepang 2018.
  • Berjaya mendapat Sijil Lencana Kecekapan iaitu sijil tertinggi Pandu Puteri Tunas

Tokoh Sukan (Perdana)


Muhammad Akram bin Abdul Malek
  • Johan  Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia MSSM 2018/2019
  • Johan  Kejohanan Champion School 2019
  • Johan  Kejohanan MCA-MSSM Interzone 2017 dan 2019
  • Johan  Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Selangor MSSS 2019
  • Naib Johan Majlis Sukan Sekolah Selangor MSSS 2018
  • Johan  Kejohanan Sukan Sekolah Daerah Sepang MSSD 2016, 2017, 2018 dan 2019
  • Best All Rounder and Player Of The Tournament di Kejohanan MCA-MSSM National Interzone 2019
  • Best Batsman di Kejohanan MSSS 2019
  • Best  All Rounder di Kejohanan MSSS 2019
  • Best Bowler di Kejohanan SCA U14 2018
  • Most Promising di Kejohanan MCA-MSSM National Interzone 2017

Tokoh Kokurikulum 
(Pendidikan Khas)


Putri Nurdini Damia binti Mohammad
  • Naib Johan Lontar Peluru
  • Johan 4X100
  • Johan Malam Kebudayaan Pengakap
  • Tempat Ke-3 Buku Log
  • Lencana Emas Agoonoree Pengakap Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan (Negeri Sembilan)  2019
  • Penyertaan Cemerlang Agoonoree Pengakap Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2019
  • Membantu Kontinjen Selangor memperoleh Johan Penarafan Kem Terbaik Kebangsaan
  • Penyertaan Persembahan Jemputan Pendidikan Khas Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Sepang 2019


Coretan gambar sepanjang majlis berlangsung


Bersama tuan perasmi di Bilik Menunggu
Ketibaan Perasmi
Encik Zuhaimi bin Md. Nasir
Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
YDP PIBG
Buku Program Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kepimpinan 2019
Kulit buku program hasil kerja Puan Azian dan Puan Norinna
Bersama Wakil Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Pengawas Sekolah
Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas Pusat Sumber (Ujana Ilmu)
Encik Muhamad Zamri bin Hasan
Jurulatih Luar Bola Sepak menerima cenderahati drp En. Zuhaimi
Encik Ahmad Musrizuan
Jurulatih Bola Sepak
Perarakan masuk hadiah bagi Anugerah Khas Kokurikulum
Tokoh Sukan :
Muhammad Akram Bin Abdul Malek bersama ibu bapa
Tokoh Kokurikulum :
Nur Alya Syuhanis binti Shahrizal bersama ibu bapa
Tokoh Kokurikulum Pendidikan Khas :
Putri Nurdini Damia binti Mohammad bersama ibu bapa

Variasi pakaian Unit Beruniform
Pengacara Majlis













Terima kasih atas sokongan MILO
Guru-guru SK Taman Putra Perdana 2019

Tahniah buat semua. Semoga kecemerlangan terus bersama kita.

No comments:

Post a Comment